Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG Lebih Sihat bakal sediakan banyak peluang kerja: Rahayu

May 06, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang pekerjaan akan disediakan di bawah program kesihatan SG Lebih Sihat, sambil Singapura beri lebih banyak tumpuan terhadap jagaan pencegahan peringkat awal, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang) Cik Rahayu Mahzam.



Ini termasuk pekerjaan dalam bidang kejururawatan, terapi jagaan kesihatan oral dan pekerjaan sosial, antara lain, tambah Cik Rahayu pada Jumaat.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada seramai 1,450 lulusan baru Sekolah Kesihatan dan Sains Kemasyarakatan, Politeknik Nanyang.



Cik Rahayu berkata meskipun dunia masih dibelenggu ketidaktentuan ekonomi sesudah pandemik, kemahiran dan latihan diraih daripada jurusan jagaan kesihatan adalah relevan dan diperlukan dalam bidang jagaan yang semakin pesat berkembang di sini dan di taraf dunia.



Diumumkan pada Oktober 2022, inisiatif SG Lebih Sihat, di bawah kendalian Kementerian Kesihatan (MOH) memberikan warga Singapura pilihan mendapatkan jagaan kesihatan dari klinik keluarga terpilih yang akan bimbing mereka menjaga kesihatan masing-masing.



Mereka juga boleh mengatur rancangan kesihatan dan mendapat akses kepada program kesihatan dan gaya hidup sihat.



Cik Rahayu memberi jaminan bahawa kemahiran yang diraih lulusan tersebut adalah "kemahiran bermutu tinggi dan relevan dalam sektor ekonomi jagaan, iaitu antara sektor sedang berkembang dengan pesat di seluruh dunia."



"Peralihan terhadap memberi lebih tumpuan kepada jagaan pencegahan hanya akan menjadi kenyataan jika karyawan jagaan kesihatan dapat bekerjasama di peringkat masyarakat," kata Cik Rahayu.



Beliau berkata kemahiran diraih lulusan tersebut membolehkan mereka menyandang jawatan seperti jururawat, terapi kesihatan oral dan pekerja sosial yang memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai selain khidmat campur tangan awal terhadap jagaan mereka.



Pada 2022, Forum Ekonomi Sedunia jangkakan hampir 40 peratus tempat kerja bagi karyawan akan disediakan dalam bidang jagaan.



Beliau berkata ini tidak mengejutkan sebab jangka hayat penduduk secara amnya semakin lama disebabkan teknologi dan jagaan kesihatan yang lebih baik.



"Saya gesa semua lulusan meneruskan pelajaran dan memikirkan tentang bagaimana sektor ini dapat beroperasi dan menyediakan khidmat dengan lebih baik."



Tahun 2023 juga merupakan tahun Raikan Rakan Perkhidmatan Sosial di mana sumbangan daripada agensi perkhidmatan sosial, para profesional, relawan dan rakan kerjasama diiktiraf.



Cik Rahayu berkata:



"Dengan bekerjasama di samping rakan-rakan ini, dan sokongan pemerintah, saya pasti anda akan dapat memberi kesan positif terhadap kehidupan keluarga dan individu yang memerlukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >