Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG optimistik buka sempadan darat dengan M'sia jelang hujung Nov; VTL tertakluk kepada kuota

Nov 20, 2021 | 03:33 PM



SEMPADAN darat Singapura-Malaysia mungkin akan dibuka menjelang akhir bulan ini untuk membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik Covid-19 untuk bersatu semula, umum pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19 pada Sabtu (20 Nov).



Kedua-dua negara itu kini sedang dalam tahap perbincangan untuk membuka Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) bagi pengunjung yang sudah divaksinasi, dengan memberi keutamaan kepada keluarga yang sudah lama terpisah sejak permulaan Covid-19.



“Kami sedang bekerjasama dengan teliti bersama pelbagai agensi lain dan saya optimistik kita akan dapat membuka laluan bagi orang yang sudah divaksinasi ini bagi (sempadan) darat sekitar akhir bulan ini,” kata pengerusi bersama pasukan bertindak, Encik Gan Kim Yong.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media berkenaan pembukaan sempadan darat antara Singapura dengan Johor yang dijangka dibuka semula pada 29 November ini.



Encik Gan bagaimanapun tidak memberi pengesahan terhadap tarikh pembukaan itu tetapi berkata perinciannya akan diumumkan sekitar minggu depan agar warga Singapura mempunyai masa untuk membuat persiapan yang diperlukan.



Ia dijangka akan bermula dengan bilangan pengunjung yang terhad setiap hari dengan kuota yang ditetapkan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >