Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG sedang bangun konsep hotel mampan yang baru

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang membangunkan konsep hotel mampan baru di sini untuk membantu membina sebuah ekosistem kemampanan alam sekitar, kata Menteri Negara (Budaya, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Dalam pada itu, Persatuan Hotel Singapura (SHA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) semalam melancarkan Peta Hala Tuju Kemampanan Hotel yang membentangkan strategi bagi industri hotel mencapai transformasi seterusnya dalam perjalanan kemampanan mereka.



Ini termasuk menyokong hotel membangunkan pelan kemampanan menyeluruh yang sejajar dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Encik Tan memberi contoh resort mesra alam yang sedang dibina di Mandai Wildlife Reserve sebagai sebuah hotel dengan konsep mampan baru.



Resort itu telah mendapat akreditasi anugerah Platinum Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sebagai Resort Tenaga Amat Rendah yang pertama di Singapura.



Ia akan menawarkan bilik tetamu di rumah pokok berbentuk seperti 'pod benih', dan mempunyai laluan pejalan kaki di paras tinggi untuk membolehkan flora dan fauna asli hidup.



Selain itu, inisiatif kecekapan tenaganya akan membantu resort itu mencapai penjimatan tenaga lebih 40 peratus setiap tahun.



Encik Tan berkata terdapat trend semakin meningkat di mana golongan pelancong lebih aktif menumpukan pada pengalaman membina hubungan secara lebih bermakna dan mencipta kesan positif dalam masyarakat yang mereka kunjungi.



Malah, lebih 80 peratus pelancong di seluruh dunia kini percaya bahawa pelancongan mampan adalah sesuatu yang penting, dan mereka bersedia berbelanja lebih bagi pilihan penginapan yang mampan.



Memberi ucapan di Persidangan Kemampanan Hotel STB-SHA di Pusat Expo dan Konvensyen Sands semalam, Encik Tan berkata:



"Terdapat peluang ekonomi yang besar dan menarik yang dibawa ekonomi hijau bagi sektor pelancongan.



"Dengan menerapkan kemampanan dalam teras operasi perniagaan dan tawaran produk, hotel boleh memperolehi kelebihan daya saingan untuk berkembang maju dalam norma baru."



Encik Tan berkata produk dan pengalaman yang sejajar dengan aspirasi dan jangkaan pelanggan akan melihat permintaan lebih besar dan membina kesetiaan jenama yang lebih kukuh.



Selain itu, perniagaan yang menguruskan sumber mereka secara lebih berkesan akan meraih manfaat daripada penjimatan kos yang berulang, dan pekerja juga akan mendapat inspirasi dan menjadi lebih produktif apabila diperkasa untuk menyumbang kepada visi yang sama.



Selain manfaat ekonomi, Encik Tan berkata terdapat keperluan untuk bekerjasama bagi memacu peralihan hijau Singapura dalam cara yang bersepadu dan tegas.



Beliau menambah bahawa usaha mengutamakan kemampanan akan membantu syarikat menjadi lebih berkesan dan mampan dari segi kewangan.



Namun, peralihan itu akan mengambil masa bagi hasilnya menjadi ketara, kata Encik Tan, dengan perniagaan akan perlu mengambil pandangan jangka panjang bagi manfaat dan kosnya.



Encik Tan turut memahami bahawa banyak syarikat prihatin tentang kos tenaga lebih tinggi dan cukai karbon pada masa depan, dengan ia boleh menambahkan kos dan tekanan dalam jangka terdekat.



Namun, beliau berkata langkah-langkah itu adalah perlu untuk membantu perniagaan mengambil kira kos alam sekitar dalam membuat keputusan mereka.



"Di samping itu, dengan memberi mesej kuat kepada perniagaan dan pekerja tentang cita-cita iklim kita dan peluang hijau di sini, ini akan menjadikan Singapura sebuah destinasi lebih menarik bagi perniagaan, modal dan bakat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >