Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

SGH jalani kerja pembangunan semula besar-besaran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SGH jalani kerja pembangunan semula besar-besaran

Feb 05, 2016 | 03:57 PM

HOSPITAL awam terbesar negara, Hospital Besar Singapura (SGH), akan menjalani kerja-kerja pembangunan semula secara besar-besaran selama tempoh 20 tahun mendatang.

Ini bagi memenuhi keperluan pesakit kini dan pada hari muka dengan lebih baik.

Di bawah Pelan Induk Kampus SGH yang dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu majlis di kampus itu hari ini, SGH antara lain akan dibangunkan semula agar ditempatkan lebih dekat dengan stesen MRT Outram Park.

Di bawah fasa pertama pelan induk itu juga, orang ramai boleh menjangkakan beberapa kemudahan baru termasuk Pusat Barah Nasional Singapura dan Pusat Penjagaan Elektif SGH yang akan turut menempatkan Pusat Pergigian Nasional Singapura, selain Hospital Masyarakat Outram yang akan siap menjelang 10 tahun mendatang.

Encik Lee yang hadir selaku tetamu terhormat di majlis pelancaran pelan induk itu turut menyifatkan usaha pembangunan semula itu sebagai permainan kerusi berirama atau musical chairs, dengan hospital itu perlu terus beroperasi seperti biasa sementara kerja-kerja pembangunan dijalankan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3