Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam hadir majlis iftar, tinjau usaha baik pulih Masjid Abdul Gaffoor

Jun 08, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menyertai jemaah Masjid Abdul Gaffoor dalam satu majlis berbuka puasa semalam.



Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Abdul Razak Maricar; pengerusi Masjid Abdul Gaffoor, Encik Mohamed Abdul Jaleel; dan naib pengerusi, Encik Paiman Supangat.



Sebelum majlis iftar, Encik Shanmugam dibawa meninjau masjid dan mendengar penerangan tentang usaha pemuliharaan bangunan masjid di Dunlop Street itu.



Dibina pada 1907, masjid yang mencecah usia 110 tahun itu dinamakan sempena Shaik Abdul Gaffoor Shaik Hyder, seorang Tamil Muslim.



Masjid itu diwartakan sebagai monumen negara pada 1979.



Setelah menjalani pembaikan semula, ia dibuka semula secara rasmi pada 16 Mei 2003.



Ia kini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah.



Pada Oktober 2003, Masjid Abdul Gaffoor menerima Anugerah Warisan Seni Bina daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi mengiktiraf usaha pemulihan dan karya pemuliharaan inovatif - menggabung unsur seni bina tradisional dan moden.



Antara lain, masjid itu menawarkan kelas agama dalam bahasa Tamil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >