Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Keputusan mahkamah India gambarkan risiko takrif perkahwinan dicabar

Sep 03, 2022 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Mahkamah Agung India baru-baru ini untuk memperluas takrif keluarga di negara itu untuk turut merangkumi isi rumah tidak lazim seperti pasangan sama jantina menggambarkan dengan jelas risiko cabaran perundangan terhadap takrif perkahwinan di Singapura sekarang, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Menerusi laman Facebook beliau kelmarin, Encik Shanmugam berkata pindaan Perlembagaan yang dirancang pemerintah akan memastikan bahawa takrif perkahwinan di negara ini ditentukan Parlimen dan bukan mahkamah.



Mahkamah India memutuskan bulan lalu bahawa manfaat bagi keluarga di bawah undang-undang juga harus dilanjutkan kepada keluarga bergabung, pasangan sama jantina dan isi rumah lain.



Encik Shanmugam berkata mahkamah Singapura telah mengelak daripada mengambil pendekatan sedemikian dan menetapkan bahawa undang-undang hanya boleh dipinda oleh Parlimen.



Tambahnya, keputusan mahkamah India untuk mengiktiraf jenis keluarga yang berbeza menyusuli langkahnya memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan pada 2018.



Undang-undang itu adalah seperti Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan Singapura, yang menyifatkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah.



Di Rapat Hari Kebangsaan tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A.



Namun, Encik Lee berkata pemerintah juga akan meminda Perlembagaan bagi melindungi takrif perkahwinan daripada dicabar dari segi Perlembagaan di mahkamah.



Encik Shanmugam sebelum ini menerangkan bahawa Perlembagaan akan dipinda supaya jelas adalah hak Parlimen untuk mentakrifkan perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita dan untuk membuat dasar prokeluarga lain atas dasar itu.



Dalam menyampaikan keputusannya bulan lalu, Mahkamah Agung India membuat keputusan yang berpihak kepada Cik Deepika Singh.



Beliau merupakan seorang jururawat yang majikannya - sebuah institut perubatan pemerintah di bahagian utara India - telah menolak permohonannya bagi cuti bersalin selepas beliau melahirkan anak kerana beliau sudah pun mengambil cuti untuk menjaga anak suaminya hasil perkahwinan suaminya dengan wanita lain sebelum ini.



Panel dua hakim mahkamah itu berkata konsep bahawa sebuah keluarga merangkumi sebuah unit yang tidak berubah dengan seorang ibu dan seorang bapa serta anak mereka tidak mengambil kira hakikat bahawa banyak keluarga tidak mengikut jangkaan ini.



Menurut Hakim D. Y. Chandrachud, istilah keluarga boleh ditakrifkan dengan pelbagai konfigurasi orang dewasa yang berperanan sebagai penjaga utama kepada anaknya sendiri dan bukan anak sendiri.



Merujuk kepada keputusan mahkamah India itu, Encik Shanmugam berkata:



"Secara tradisional, mahkamah kita mengelakkan daripada pendekatan sedemikian dan telah mengatakan bahawa hal ini harus ditangani di Parlimen.



"Pemindaan kepada Perlembagaan akan memastikan demikian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >