Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam lancar program bantu wanita jalani kerjaya di sektor awam, swasta

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



SATU program yang membuka peluang kepada wanita muda daripada latar belakang kurang bernasib baik untuk mencuba pekerjaan dalam sektor awam, swasta dan insaniah akan dimulakan April ini oleh sebuah pertubuhan tidak meraih untung.



Wanita yang dipilih menyertai program yang berlangsung selama setahun itu boleh menyertai beberapa pertubuhan dan syarikat sepanjang tempoh program.



Lebih 20 syarikat dan pertubuhan dari sektor-sektor sedemikian, termasuk DBS, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), serta Sekolah Menengah Springfield telah menunjuk minat untuk menyertai program kelolaan SG Her Empowerment (SHE) dan dinamakan 'SHE Sneak Peak' itu.



Mengumumkan program itu di majlis yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD) oleh DBS pada Selasa, Menteri (Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik K. Shanmugam, menekankan peri penting pendekatan melibatkan seluruh masyarakat bagi memupuk pemikiran yang betul mengenai wanita demi melahirkan perubahan positif dan berkekalan.



Beliau turut mengumumkan Program Kepimpinan Wanita yang akan dilancarkan DBS bagi memupuk pemimpin wanita generasi selanjutnya di bank itu.



Program tersebut juga dijadual bermula April ini dan akan berlangsung selama tujuh bulan.



"Kami telah mengorak langkah baik dalam pembangunan wanita di Singapura, tapi usaha ini belum berakhir dan sedang diteruskan. Bagi membawa perubahan positif dan berterusan, kita perlu mempunyai pemikiran yang betul terhadap wanita. Ini memerlukan usaha seluruh masyarakat," kata Encik Shanmugam dalam ucapannya.



Beliau turut menekankan peri penting Piagam Wanita yang dikuatkuasakan pada 1961, antara lain dalam mengiktiraf hak wanita dalam pekerjaan dan perdagangan, dalam perkahwinan serta hak wanita dan anak-anak apabila perceraian berlaku.



"Dengan adanya Piagam Wanita, kami mempunyai rangka kerja undang-undang… menjadi batu asas bagi pemangkin terbesar dalam pembangunan wanita di Singapura," kata Encik Shanmugam.



Beliau turut merujuk kepada pendidikan sejagat yang ditawarkan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan di sini.



Perkembangan itu telah menghapuskan adangan yang dihadapi wanita dan membuka laluan bagi mereka menyumbang kepada masyarakat.



Encik Shanmugam juga berkata sokongan yang diberikan kepada wanita telah menunjukkan kemajuan dalam bidang sokongan untuk keluarga dan wanita yang memerlukan, khidmat jagaan kesihatan serta keselamatan wanita.



Dalam pada itu, Encik Shanmugam juga menyertai perbincangan panel dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS Group, Encik Piyush Gupta; pengerusi SHE, Cik Stefanie Yuen-Thio, dan Ketua Kumpulan Perbankan Institusi di DBS, Cik Tan Su Shan.



Perbincangan itu antara lain menyentuh pelbagai isu yang dihadapi wanita di rumah dan di tempat kerja.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), anggota lembaga SHE, Cik Nadia Ahmad Samdin, berkata program 'SHE Sneak Peak' yang ditaja oleh bank Standard Chartered itu antara lain bertujuan menekankan kepada wanita dari latar belakang kurang bernasib baik mereka boleh mencapai impian masing-masing.



"Kami berharap dapat memperluas pandangan wanita muda yang menghadapi cabaran dari sudut keluarga, peribadi atau kewangan. Ini selain menambah modal sosial dan budaya mereka dengan memperkenalkan mereka kepada rangkaian kenalan baru," ujar Cik Nadia, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio.



Kurang setahun selepas ditubuhkan pada September 2022, SHE, dengan kerjasama Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) melancarkan SHECARES@SCWO pada  2023, iaitu khidmat di bawah satu bumbung bagi wanita dan budak perempuan yang menghadapi bahaya di dalam talian, seperti pembulian siber dan gangguan lain.



Antara lain, pusat itu menawarkan khidmat kaunseling menerusi talian bantuan, pertolongan guaman percuma dan bantuan bagi merujuk kes kepada polis.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >