Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Masalah perkauman wujud tetapi keadaan semakin baik

Aug 04, 2019 | 04:31 PM



MASALAH perkauman wujud di Singapura tetapi keadaan itu semakin baik sejak beberapa tahun lalu dan adalah lebih baik daripada sebelum ini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam. 





Isu perkauman dibincangkan secara terbuka di negara ini dan dikaji oleh pakar akademik, kata beliau sambil menukil kajian yang dikeluarkan Institut Pengajian Dasar (IPS) mingggu lalu serta kumpulan keharmonian kaum, OnePeople.sg.


Encik Shanmugam berkata demikian kepada para wartawan di luar acara di Kuil Sri Siva Krishna di Marsiling pagi tadi – sehari selepas Preeti Nair dan Subhas Nair membuat permohonan maaf kedua atas video rap di YouTube, yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada iklan menimbulkan kontroversi menampilkan pelakon Dennis Chew, yang melakonkan stereotaip kaum berbeza.


Perkauman adalah keprihatinan utama bagi pemerintah, tekan Encik Shanmugam. 


“Kami mahu membina masyarakat yang bersatu padu tetapi perkauman menghakis dan meningkatkan sempadan rapuh (fault lines) dalam masyarakat.


“Banyak yang dilakukan bagi menanganinya dan kami telah menetapkan apa yang kami lakukan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >