Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Pegawai ICA kerja lebih masa untuk tangani waktu sibuk hujung tahun

Dec 27, 2018 | 06:19 PM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sedang melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan semasa waktu sibuk hujung tahun ini.





Antara lain, beliau mendedahkan bahawa lebih 500 pegawai bekerja lebih masa minggu lalu sementara maksimum 10 peratus pegawai sahaja yang dibenarkan bercuti dalam tempoh ini.





Baru-baru ini, beberapa individu telah mengadu tentang barisan panjang di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas serta di Johor Baru di laman Facebook. Mereka juga meminta ICA agar membuka lebih banyak kaunter pemeriksaan.





Selepas melawat pegawai yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Woodlands tadi (27 Disember), Encik Shanmugam memberitahu media bahawa orang ramai mungkin melihat beberapa kaunter tutup tetapi ini tidak bermakna pegawai duduk sahaja dan tidak melakukan kerja.





Namun, pegawai itu dikerah ke kaunter serta kawasan berbeza mengikut permintaan dan terus bekerja sepanjang masa sambil kekal berjaga-jaga kerana risiko keselamatan turut meningkat dalam waktu begini, katanya.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >