Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDEBATAN KERTAS PUTIH BAGI PEMBANGUNAN WANITA

Shanmugam: Perubahan nilai antara hasil penting debat mengenai pembangunan wanita

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



KESAN ke atas nilai masyarakat serta penghayatan idea kesaksamaan jantina merupakan antara hasil penting daripada perbincangan mengenai pembangunan wanita di Singapura.



Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, mengenai perbincangan yang telah dimulakan sejak September 2020 itu, yang kemudian membawa kepada pembentangan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



Menyertai perbahasan mengenai kertas putih itu di Parlimen semalam, Encik Shanmugan berkata pembentangan kertas itu mempunyai kesan psikologi, selain saranan mengenai tindakan khusus yang akan diambil untuk memperkukuh sokongan bagi wanita.



"Apabila kita berbincang tentang nilai hormat terhadap wanita, kesaksamaan wanita, ia memerlukan penghayatan oleh majoriti bahawa ini merupakan nilai asas yang kita sanjungi.



"Seperti yang saya katakan apabila kita mulakan perbincangan itu pada September 2020, matlamat kami adalah untuk berusaha ke arah perubahan minda yang mendalam, untuk membina masyarakat di mana setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan membesar dengan nilai kesaksamaan," ujar Encik Shanmugam.



Beliau akur usaha untuk mencapai kesaksamaan masih berterusan tetapi proses yang dimulakan September 2020 itu telah mula mendatangkan kesan.



"Skala dan mendalamnya perbincangan itu serta susulannya telah terpahat dalam kesedaran kolektif kita.



"Ia telah membantu dalam proses pemikiran kolektif kita untuk menerima kesaksamaan," kata Encik Shanmugam.



"Anda tidak harus memandang ringan kuasa usaha untuk membina norma secara kolektif. Perbincangan itu dan kertas putih ini telah membantu dalam proses ini," tambahnya.



Dengan masa yang berlalu, perbincangan ini boleh mengubah sikap mengenai bagaimana lelaki dan wanita memandang peranan wanita, kata Encik Shanmugam.



Dalam ucapannya lagi, beliau memberi contoh di beberapa negara lain yang menunjukkan tentang cabaran dan isu yang dihadapi wanita, berbanding di Singapura.



Contohnya, terdapat isu perbahasan tentang hak wanita untuk menggugurkan anak di Amerika Syarikat, dakwaan tentang layanan buruk terhadap wanita di Parlimen Australia, serta kontroversi mengenai peranan isteri yang dipromosikan pihak berkuasa di Malaysia.



Baru-baru ini, seorang Timbalan Menteri di Malaysia telah menarik perhatian apabila beliau memberi tips kepada pasangan suami isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.



Antaranya, beliau menyarankan agar wanita "mengambil pendekatan berlembut" dengan suami mereka, manakala suami menggunakan sentuhan fizikal yang "lembut" kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat.



Encik Shanmugam berkata pendekatan yang diambil Singapura terhadap wanita adalah berbeza.



"Laluan yang diambil pada 1961 dan seterusnya telah membawa kita ke situasi yang berbeza, dari segi bagaimana kita memandang wanita dan apa yang kita rasa boleh dikatakan kepada wanita mengenai tingkah laku wanita.



"Norma budaya kita kini berbeza dari Malaysia.



"Sebagai pemimpin dalam pandangan, kita mempunyai kuasa untuk memperkukuh norma itu dengan mengambil lebih banyak tindakan," kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >