REAKSI SERANGAN PENGEBOM BUNUH DIRI
Shanmugam: Serangan dalam Ramadan papar tahap kekejaman militan
Jul 06, 2016 | 05:30 AM
BEBERAPA serangan pengganas yang berlaku baru-baru ini dalam bulan Ramadan di beberapa negara termasuk Malaysia "menunjukkan tahap kekejaman pengganas", kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam.
Beliau turut menekankan peri pentingnya kekal bersedia menghadapi serangan serupa di negara ini.