Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam sertai majlis berbuka bersama 23 kariah

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menyertai 23 kumpulan kariah dalam satu majlis berbuka di Masjid Khalid pada Rabu malam.



Beliau turut ditemani Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman.



Masjid yang terletak di 130 Joo Chiat Road itu diselubungi suasana meriah ketika anggota kumpulan kariah dan masjid bergotong-royong membuat persiapan untuk berbuka puasa.



Sebelum majlis berbuka, Encik Shanmugam berkesempatan beramah mesra dengan kumpulan kariah dan tetamu sebelum azan maghrib berkumandang.



Encik Shanmugam menyifatkan Ramadan tahun ini sebagai satu peristiwa istimewa. Beliau berbesar hati kegiatan-kegiatan Ramadan seperti solat tarawih dan bazar disambut dengan baik oleh penduduk.



"Hari ini di Masjid Khalid, kami mempunyai kira-kira 120 tetamu daripada pelbagai kumpulan kariah di seluruh Singapura. Saya, Menteri Masagos dan Anggota Parlimen Melayu/Islam yang lain berada di sini untuk berbuka puasa bersama-sama mereka.



"Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memuji mereka atas kerja yang sangat baik dilakukan mereka, seperti kerja sosial, membantu masyarakat, dan juga menganjurkan solat tarawih.



"Dengan berkumpul dan berbuka puasa bersama mereka serta membincangkan isu-isu masyarakat, ini adalah satu cara untuk kami menunjukkan sokongan kami terhadap mereka," ujarnya.



Malah, Encik Masagos bersyukur beliau dapat berbuka puasa dan membincang isu-isu solat tarawih dengan kumpulan kariah.



"Dalam kita menyambut Ramadan, kita sering mengingatkan satu sama lain tentang kesabaran dan sifat rahmah.



"Saya ingin mengimbau kepada semua seperti ucapan Mufti sempena pelancaran SalamSG baru-baru ini, kita usaha memasuki Ramadan dengan rasa rahmah, gembira, tanpa ada yang merosakkan atau mengurangkan ibadah kita.



"Kepada tuan dan puan yang terjejas dengan perkembangan baru-baru ini, saya mohon maaf.



"Untuk rancangan masa depan, kita harus bertemu dahulu dalam mencernakan perkara seperti ini.



"Namun dalam hal-hal agama kita harus serahkan kepada pihak yang bertauliah, iaitu Mufti untuk memberi kita bimbingan agama yang tepat," katanya.




"Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memuji mereka atas kerja yang sangat baik dilakukan mereka, seperti kerja sosial, membantu masyarakat, dan juga menganjurkan solat tarawih. Dengan berkumpul dan berbuka puasa bersama mereka serta membincangkan isu-isu masyarakat, ini adalah satu cara untuk kami menunjukkan sokongan kami terhadap mereka."



- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >