Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Shanmugam: Siasatan dapati pegawai polis yang kendali kes Parti Liyani abai tugas

Pegawai, penyelia dihukum denda
Feb 15, 2022 | 05:30 AM



SIASATAN Pejabat Ehwal Dalaman (IAO), Pasukan Polis Singapura (SPF), berhubung kes Cik Parti Liyani mendapati kedua-dua pegawai polis yang terlibat dalam kes itu telah mengabaikan tugas mereka sehingga menyebabkan berlakunya kesilapan, kata Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.



Beliau menjawab pertanyaan daripada Anggota Parlimen, Zhulkarnain Abdul Rahim, (GRC Chua Chu Kang) bagi perkembangan siasatan dalaman terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kes Cik Parti, di Parlimen semalam.



Cik Parti, 47 tahun, seorang warga Indonesia, dituduh mencuri barang-barang bernilai lebih $50,000 daripada keluarga Encik Liew Mun Leong, bekas pengerusi Changi Airport Group (CAG), semasa beliau menjadi pembantu rumah mereka.



Beliau dipecat pada 2016 dan keluarga Encik Leong mendakwa bahawa Cik Parti telah mencuri barangan bernilai lebih daripada $34,000 daripada mereka.



Namun, beliau dibebaskan pada 4 September 2020 apabila rayuannya didengar Mahkamah Tinggi.



Semasa berucap di Parlimen, Encik Shanmugam menjelaskan bahawa "mengabaikan tugas bermakna gagal untuk mengambil tindakan yang betul semasa menjalankan tugas berkenaan".



Beliau menyenaraikan tiga kesilapan yang ditemui.



Kesilapan pertama ialah Pegawai Siasatan (IO) tidak mengunjung ke tempat kejadian jenayah untuk segera menjalankan siasatan dan mengumpul bukti.



Tambah Encik Shanmugam, pegawai itu juga tidak mengesahkan dengan betul beberapa dakwaan yang dibuat pihak-pihak terlibat semasa siasatan.



Di samping itu, penyelianya juga tidak memberikan bimbingan yang mencukupi sekali gus menyumbang kepada kelemahan tersebut, menurut beliau lagi.



Hukuman yang dikenakan terhadap pengabaian tugas bergantung kepada setakat mana pegawai itu bersalah dan akibat daripada tingkah lakunya.



Ia merangkumi teguran, denda, atau pun diturunkan pangkat dan dipecat, tegas Encik Shanmugam sambil menambah denda kewangan pada "kadar pertengahan" telah dikenakan ke atas kedua-dua pegawai kerana mengabaikan tugas mereka.



Menjawab soalan tambahan daripada AP Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) mengenai sama ada kedua-dua pegawai dan penyelianya menerima hukuman yang sama, Encik Shanmugam menjelaskan bahawa "jumlah, denda yang dikenakan ke atas dua pegawai adalah berbeza".



"Ia adalah berbeza. Saya harus menjelaskan bahawa mereka dikira dengan merujuk kepada bilangan bulan kenaikan gaji yang akan mereka perolehi.



"Bilangan bulan adalah sama untuk kedua-dua pegawai, tetapi jumlah yang mereka dibayar adalah berbeza dan itulah denda yang dikenakan," tambahnya.



Dalam pada itu, Encik Shanmugam turut menyentuh bahawa pegawai siasatan telah melakukan tugas mereka dalam keadaan yang agak sukar, menghadapi cabaran beban kerja kerana kekurangan tenaga kerja dalam pasukan polis.



Pegawai tersebut mengendalikan banyak kes siasatan lain, dakwaan dan melakukan operasi penangkapan pada masa yang sama, tambahnya.



"Saya pernah bercakap tentang tekanan akibat beban kerja yang dihadapi pegawai siasatan polis. Satu-satunya cara mengatasi cabaran ini ialah dengan menambah jumlah pegawai polis.



"Namun, kami belum menghuraikan lagi isu tersebut. Ia adalah suatu masalah yang sukar, bukan mudah dihuraikan, kerana secara amnya kita kekurangan tenaga kerja," katanya.



Beliau menambah bahawa pegawai polis sering perlu melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan mereka tidak boleh dipersalahkan hanya kerana ada yang tidak bersetuju dengan pertimbangan atau tindakan yang mereka ambil.



Namun begitu, para pegawai juga harus sedar bahawa "tindakan akan diambil terhadap mereka jika terdapat isu disiplin, salah laku atau pelanggaran".



"Saya bersimpati dengan keadaan yang mereka lalui ini. Namun, mereka tidak menepati jangkaan yang ditetapkan.



"Dan kes mereka dikendalikan sebagaimana pegawai-pegawai lain akan ditangani, dalam situasi yang sama," ujarnya.




PEGAWAI SIASATAN JALANKAN TUGAS DALAM KEADAAN SUKAR



“Saya pernah bercakap tentang tekanan akibat beban kerja yang dihadapi pegawai siasatan polis. Satu-satunya cara mengatasi cabaran ini ialah dengan menambah jumlah pegawai polis. Namun, kami belum menghuraikan lagi isu tersebut. Ia adalah suatu masalah yang sukar, bukan mudah dihuraikan, kerana secara amnya kita kekurangan tenaga kerja.”



TINDAKAN AKAN DIAMBIL JIKA ADA ISU DISIPLIN, SALAH LAKU



“Saya bersimpati dengan keadaan yang mereka lalui ini. Namun, mereka tidak menepati jangkaan yang ditetapkan. Dan kes mereka dikendalikan sebagaimana pegawai-pegawai lain akan ditangani, dalam situasi yang sama.”

– Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam merujuk kepada pegawai siasatan kes Cik Parti Liyani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >