Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Shanmugam tangani kritikan taktik polis dalam serbuan sarang pelacuran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Shanmugam tangani kritikan taktik polis dalam serbuan sarang pelacuran

Dec 10, 2017 | 04:00 PM

 

MENTERI Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam, telah menulis di Facebook berkenaan sokongannya bagi polis yang mengadakan serbuan di sarang pelacuran tanpa lesen.

Beliau sedang memberi respon kepada beberapa komen di dalam talian, yang mencadangkan bahawa adalah salah untuk polis ‘memecahkan pintu, memakai topeng, dan sebagainya’.

Kepantasan dan kejutan adalah elemen utama semasa melakukan serbuan dan polis tidak seharusnya dijangka ‘mengetuk pintu dan menanti respons’, kata Encik Shanmugam.

“Adakah kita jangka - samseng (yang mungkin ada) akan membuka pintu dan dengan santun mengaku ke atas tindakan mereka. Dan jika samseng tiada di sana, adakah kita menjangka wanita yang terlibat akan bekerjasama,” katanya, mengajukan soalan secara retorik.

“Dan, jika orang tahu polis akan ketuk pintu dan menunggu… apa yang boleh kita jangka bagi masa depan?” kata Encik Shanmugam, menambah.

Memberi penerangan, Encik Shanmugam berkata pegawai polis memakai topeng semasa operasi sebegitu untuk menyembunyikan identiti mereka, kerana sindiket yang mengendalikan sarang pelacuran ini akan membalas dendam, jika mampu.

Menambah, Encik Shanmugam berkatabeliau agak hairan dengan kritikan yang dilontarkan kepada polis, dan sikap kasihan yang ‘salah tempat’ dan ‘amat salah’ bagi mereka yang terlibat dalam jenayah seperti ini.

Katanya: “Polis sedang bertindak untuk melindungi semua orang daripada jenayah seperti ini. Kita mengecam mereka dan sebaliknya, menumpukan belas kasihan kita kepada wanita yang terlibat dalam kegiatan ini,”

Namun, Encik Shanmugam akur bahawa sebahagian wanita yang ditangkap wajar diberi simpati kerana mereka adalah mangsa sindiket, dan perlu diberikan bantuan, apabila termampu.

“Tapi perkara ini tidak seharusnya mencelarukan pandangan tentang apa yang perlu dilakukan polis,” katanya.

Sejumlah 22 orang ditangkap pada Jumaat (8 Disember) selepas polis mengadakan beberapa serbuan di sarang pelacuran tanpa lesen di Rowell Road.

Dalam kenyataannya Sabtu lalu, polis berkata ‘pegawainya perlu menggunakan kekuatan untuk memasuki unit yang dikunci’.

Suspek yang ditangkap memiliki pas kerja dan disyaki mengambil kesempatan kedudukan itu untuk melakukan jenayah seperti pelacuran, kata polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3