Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Tiada faktor lain pengaruhi siasatan kes Parti

Kes dikendali seperti kes curi lain; tidak dipengaruhi pegawai atasan atau majikan Parti, Liew Mun Leong * Kes bukti bagaimana undang-undang dilaksana, dengan semua pihak dipandang setara
Nov 05, 2020 | 05:30 AM



KES melibatkan Cik Parti Liyani, bekas pembantu rumah kepada mantan pengerusi Changi Airport Group Liew Mun Leong, telah dikendali seperti kes curi yang lain dan sama sekali tidak dipengaruhi sebarang faktor secara tidak wajar.



Menarik perhatian hal ini semasa menyampaikan Kenyataan Menteri berhubung kes tersebut di Parlimen semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata ini disahkan pegawai penyiasat (IO) dan pegawai kanannya serta Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam kes tersebut.



"Kes ini dikendali IO dan keputusan diambil bersama penyelianya. Kes ini tidak dibawa kepada perhatian pengurusan kanan baik dalam polis mahupun di kementerian.



"Tiada pegawai kanan yang telah bercakap atau dipengaruh oleh Encik Liew atau anggota keluarganya dalam kes ini," kata Encik Shanmugam.



Kes tersebut turut dikendali oleh DPP dan mendapat kelulusan di peringkat Pengarah.



Cik Parti, yang telah berkhidmat dengan Encik Liew dari Mac 2007 hingga 28 Oktober 2016, didapati bersalah pada Mac tahun lalu kerana mencuri barangan bernilai $34,000 daripada Encik Liew serta keluarganya, dan dijatuhi hukuman penjara 26 bulan.



Namun, hakim Mahkamah Tinggi kemudian membebaskan Cik Parti daripada semua tuduhan bulan lalu.



Dalam kenyataannya, Encik Shanmugam berkata bukti baru yang timbul selepas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Chan Seng Onn itu "agak berbeza" daripada rujukan yang dibuat oleh Hakim Chan.



Menurut Encik Shan, bukti baru itu menunjukkan Encik Liew hendak memecat Cik Parti sejak 2015, dan bukan secara serta-merta sebagaimana yang disangka oleh Hakim Chan.



Dalam keputusan penghakimannya pada 4 September, Hakim Chan menyatakan bahawa Encik Liew dan anak lelakinya Encik Karl Liew mempunyai motif lain semasa membuat laporan polis mengenai Cik Parti - untuk mengadang Cik Parti daripada membuat aduan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kerana dihantar bekerja di tempat yang tidak dibenarkan - di tempat kerja Encik Karl Liew dan rumahnya.



Dalam pada itu, menurut Encik Shanmugan, kes ini turut menggariskan soalan lebih meluas dan asas, yang berada di tengah-tengah banyak soalan yang telah ditimbulkan.



"Adakah seorang individu berpengaruh, Encik Liew, menggunakan sistem bagi manfaat dirinya, adakah polis dan AGC mendakwa Cik Parti secara tidak adil kerana Encik Liew yang membuat aduan, adakah Cik Parti mendapat perbicaraan yang adil di Mahkamah Negara dan adakah undang-undang berbeza wujud bagi golongan yang kaya dan rapat dengan orang ternama berbanding anggota masyarakat lain?" ujarnya.



Dalam ucapannya selama lebih dua jam itu, Encik Shanmugam berkata kes ini menunjukkan bagaimana kedaulatan undang-undang dilaksana, dengan semua pihak dipandang setara di mata undang-undang.



"Oleh itu, adalah penting kita mempunyai sistem yang adil dan bersih, yang memberi peluang kepada semua orang. Jika Encik Liew Mun Leong mempengaruhi (kes ini) secara tidak adil, ini akan menjejas asas kita serta nilai keadilan dan kesaksamaan kita," kata Encik Shanmugam.



Tambahnya, ini adalah penting kepada nilai asas keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat Singapura.



Ini lebih-lebih lagi penting dalam keadaan sekarang, dengan masyarakat di serata dunia berbahas tentang ketidaksamaan, dengan pandangan bahawa golongan elit mendapat kebanyakan manfaat ekonomi serta meringan-ringankan peraturan dan menggunakan sistem bagi manfaat sendiri.



Dalam pada itu, Parti Pekerja (WP) semalam mengemukakan usulan mengenai sistem keadilan Singapura.



Antara lain, ia menggesa pemerintah mengiktiraf kekurangan yang ada dan mengadakan semakan untuk mempertingkat sistem keadilan.




"Adakah seorang individu berpengaruh, Encik Liew, menggunakan sistem bagi manfaat dirinya, adakah polis dan AGC mendakwa Cik Parti secara tidak adil kerana Encik Liew yang membuat aduan, adakah Cik Parti mendapat perbicaraan yang adil di Mahkamah Negara dan adakah undang-undang berbeza wujud bagi golongan yang kaya dan rapat dengan orang ternama berbanding anggota masyarakat lain?... Oleh itu, adalah penting kita mempunyai sistem yang adil dan bersih, yang memberi peluang kepada semua orang. Jika Encik Liew Mun Leong mempengaruhi (kes ini) secara tidak adil, ini akan menjejas asas kita serta nilai keadilan dan kesaksamaan kita."
- Encik K. Shanmugam, dalam Kenyataan Menteri di Parlimen semalam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >