Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shell, kesatuan sekerja jalin kerjasama tubuh majlis dorong perubahan pekerja

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



KESATUAN Sekerja Shell Singapura (SSEU) dan Shell telah bekerjasama untuk menubuhkan Majlis Keupayaan Bersama (JCC) bagi mendorong perubahan pekerja Shell menjadi Pekerja 4.0, di mana pekerja dilengkapi dengan kemahiran menyesuaikan diri, teknologi dan teknikal yang diperlukan bagi Industri 4.0, menerusi latihan dan mempertingkat kemahiran.



Ini sejajar dengan matlamat syarikat untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida di Singapura dengan sekitar satu pertiga dalam masa sedekad.



JCC akan menyokong pelan latihan yang memberi manfaat kepada sekitar 1,250 pekerja di semua perniagaan dalam Shell, di samping program pembelajaran global sedia ada Shell bagi semua pekerjanya.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, mereka berkata inisiatif ini merupakan salah satu yang melengkapi usaha pendigitalan Shell dalam mengubah perniagaan pembuatannya menjadi rantaian baru dan rendah nilai karbon.



JCC membina di atas program pembelajaran sedia ada dengan menangani jurang latihan dan membantu pekerja membangunkan kecekapan yang boleh melengkapi mereka bagi peluang masa depan.



"Ini akan membantu tenaga kerja kekal relevan dan berdaya tahan menerusi perubahan. Buat permulaan, JCC akan menyaksikan SSEU dan Shell bekerjasama untuk membangunkan kursus bagi pekerja dalam bidang seperti kemahiran menyesuaikan diri, kecelikan digital dan analitik data," katanya.



Fasa pertama inisiatif itu akan melihat program latihan ditawarkan kepada lebih daripada 500 teknisyen penyelenggaraan dan proses.



Semalam, kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi mengukukuhkan komitmen tersebut yang disaksikan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang juga penasihat SSEU.



Bersama Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, Dr Vivian turut melawat kemudahan Shell di Pulau Bukom dan berinteraksi dengan pekerja di sana.



Encik Ng berkata JCC merupakan langkah penting oleh kesatuan itu dan Shell untuk mengenal pasti keperluan mempertingkat diri bagi pekerja dan memastikan mereka terus relevan.



Dengan penubuhan itu, mereka boleh mempunyai struktur rasmi yang membolehkan pembelajaran berterusan.



Ia akan mempertingkat keselamatan pekerjaan mereka dan mendapatkan prospek pekerjaan lebih baik dalam jangka masa pertengahan ke panjang.



"Dengan Covid-19 dan perubahan perniagaan pesat menuju ke arah Industri 4.0, ia semakin penting yang pekerja kami boleh mempertingkat ke Pekerja 4.0 untuk memanfaatkan peluang Industri 4.0. Ini perlu menjadi formula menuju ke depan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >