Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shopee buang lebih ramai pekerja dengan 'pampasan berpatutan'

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



PLATFORM e-dagang Shopee memberhentikan lebih ramai pekerja memandangkan syarikat induknya Sea di bawah tekanan untuk memperoleh keuntungan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.



Kakitangan berpangkalan di Singapura dimaklumkan oleh pihak pengurusan pagi semalam bahawa pengurangan lanjut pekerja syarikat itu akan dibuat, menjejas antara lain sumber manusia, operasi serantau, pemasaran, serta produk dan kejuruteraan, menurut sumber, lapor The Business Times semalam.



Pengumuman itu dibuat semasa satu dialog melibatkan seluruh jabatan syarikat itu, yang dibuat secara mendadak dan cepat, kata satu sumber.



Beberapa pekerja, termasuk di Singapura dan China, mula menerima notis e-mel mengenai pemberhentian mereka sejurus selepas pengumuman tersebut, tambah sumber itu.



Sebanyak 3 peratus kakitangan di Indonesia juga diberhentikan, menurut media tempatan. Tidak jelas berapa ramai pekerja dan pasaran akan terjejas.



"Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dengan matlamat berdikari bagi seluruh perniagaan kami.



"Kami menghulurkan sokongan kepada rakan sekerja kami yang terjejas semasa peralihan ini," kata jurucakap Shopee.



Pekerja terjejas akan diberi "pakej pampasan berpatutan" selaras dengan norma pasaran, kata firma itu dalam satu kenyataan bersama Kesatuan Media Kreatif dan Penerbitan (CMPU) semalam.



Shopee, cabang e-dagang syarikat induk Sea yang tersenarai di Bursa Saham New York, awal tahun ini mengurangkan pekerjanya dalam pasukan ShopeeFood dan ShopeePay di rantau ini.



Awal bulan ini, ia mengurangkan kakitangan dalam cabang permainannya Garena dan unit penyelidikan dan pembangunan Sea Labs.



Sea mengambil langkah penjimatan kos besar-besaran sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini kerana ia menghadapi keadaan makroekonomi semakin tidak menentu yang menjejaskan pasaran teknologi dan mengurangkan kira-kira AS$170 bilion ($239.57 bilion) daripada nilai pasaran syarikat itu sejak paras tertingginya pada Oktober tahun lalu.



Minggu lalu, pengasas bersama syarikat itu, jutawan Forrest Li, mengumumkan dalam satu memo dalaman bahawa pasukan kepimpinan syarikat akan melepaskan gaji mereka dan mengetatkan dasar perbelanjaan syarikat kerana syarikat itu, yang pelabur terbesarnya ialah Tencent Holdings, cuba melindungi dirinya daripada kelembapan ekonomi.



Shopee, khususnya, telah berundur dari pasaran utama di Eropah dan Amerika Latin, selain disekat di India kerana ketegangan yang meningkat terhadap syarikat dari China.



Firma teknologi terbesar di Asia Tenggara itu merancang mengurangkan bilangan pekerja dalam divisyen permainan - bahagian paling untung syarikat itu - dan usaha niaga baru di cabang penyelidikan dan pembangunannya.



"Ini adalah keputusan sangat sukar dibuat.



"Secara umum, kami akan menawarkan pakej adil untuk pekerja yang berpisah dengan kami dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata pengurusan syarikat itu dalam memo tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >