Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA dilarang darat di Hong Kong 3-16 Apr lepas kes Covid dikesan

Apr 02, 2021 | 09:46 PM



SEMUA penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura dilarang mendarat di Hong Kong selama dua minggu dari 3 hingga 16 April.



Langkah itu diambil setelah seorang penumpang yang tiba di sana pada hari Rabu (31 Mac) disahkan dijangkiti Covid-19 sementara tiga penumpang lain dalam penerbangan tersebut gagal mematuhi peraturan kesihatan tempatan.



Pemerintah Hong Kong berkata pada hari Jumaat (2 April) bahawa kes positif itu dikesan melalui spesimen yang diambil di lapangan terbang, lapor The Straits Times.



Tiga penumpang dalam penerbangan yang sama - SQ882 dari Singapura ke Hong Kong - juga didapati gagal mematuhi peraturan Covid-19 setempat bagi pelancong.


Jurucakap SIA mengesahkan larangan penerbangan itu tetapi menyatakan bahawa perkhidmatan penumpang dari Hong Kong ke Singapura tidak terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >