Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA terima pesawat yang akan terbang tanpa henti antara Singapura dengan New York

Sep 22, 2018 | 05:54 PM



DALAM tempoh kurang tiga minggu sahaja lagi, penumpang boleh menaiki penerbangan komersil tanpa henti paling lama di dunia antara Singapura dengan New York di Amerika Syarikat.



Menurut Singapore Airlines (SIA) hari ini (22 September), mereka telah pun menerima pesawat Airbus A350-900ULR yang pertama di dunia daripada Airbus.



Pesawat itu akan mula terbang antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark di New York pada 11 Oktober ini.



Ketua Pegawai Eksekutif SIA Goh Choon Phong berkata ini saat yang membanggakan bagi syarikat penerbangan itu.



“Pesawat A350-900ULR ini akan memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan kami. Ia akan merangsang daya saing rangkaian kami dan mengembangkan lagi hab Singapura,” ujarnya.



Menerusi kenyataannya, SIA berkata penerbangan sejauh 16,700 kilometer itu akan mengambil masa 18 jam 45 minit dan menawarkan 67 tempat duduk Business Class serta 94 tempat duduk Premium Economy Class.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >