Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siap siaga bimbing kontinjen kedua SCDF ke Turkey

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KEADAAN sunyi dan sepi di ibu pejabat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Paya Lebar malam kelmarin.



Namun di tingkat tujuh bangunan pangkalan bomba itu, seramai 48 pegawai sibuk bersiap siaga membekalkan peralatan peribadi dan perkakas utama sebelum dijadual berlepas ke Turkey dinihari tadi untuk menyertai misi menyelamat.



Bagi Komander Platun Leftenan (LTA) Muhammad Tashirin Mohd Tahir, ini bukan satu perkara baru bagi pegawai kanan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) berpengalaman 23 tahun itu.



Malah ini akan menjadi kali ketujuh, bapa seorang anak itu meninggalkan keluarganya di sini untuk menyertai kontinjen Operation Lionheart (OLH).



Kontinjen itu dikerah ke kota Kahramanmaras untuk membantu dalam tugas menyelamat berskala besar selepas wilayah itu ditimpa gempa besar sekuat 7.8 magnitud awal minggu ini.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), LTA Tashirin mengatakan beliau baru sahaja selesai syif Komander Rota di Balai Bomba Kallang pagi kelmarin apabila mendapat panggilan untuk menyertai misi itu.



"Memang bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kami semua maklum mengenai gempa itu, malah kontinjen pertama kami sudah pun dikerah ke sana," katanya.



"Sebagai seorang penyelamat, saya berbesar hati menerima panggilan ini... memberi respons kepada rayuan bagi membantu orang lain."



Dengan segera selepas menerima panggilan itu, LTA Tashirin memberi kiriman teks kepada isterinya. Anak perempuannya yang berusia 20 tahun kini menuntut di luar negara.



LTA Tashirin kemudian menziarahi rumah ibu bapanya untuk mendapatkan restu dan doa mereka sebelum melaporkan diri di ibu pejabat SCDF di Paya Lebar.



"Setiba di ibu pejabat, tugas saya adalah memastikan peralatan kontinjen kami tersusun dan mencukupi... dan memastikan para pegawai kami bersedia untuk misi ini," tambahnya.



Pasukan seramai 48 orang ini adalah pasukan kedua SCDF yang akan menyertai dan membantu pasukan pertama seramai 20 orang yang telah sampai di Adana, selatan Turkey, malam kelmarin.



Dengan 68 orang, pasukan itu akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.



Secara keseluruhan ia terdiri daripada 37 pegawai Dart, paramedik, dua doktor, spesialis misi mencari serta anjing yang dilatih untuk menjalankan tugas itu, jurutera dan sebuah pasukan sokongan termasuk pakar psikologi dan logistik.



LTA Tashirin mula kerjayanya dengan SCDF dengan pangkat korporal dan kemudian menjejak tangga kerjaya hingga ke pangkat Pegawai Waran Kanan sebelum ditauliah sebagai Leftenan tiga tahun lalu. Beliau, antara lain, telah menyertai misi OLH semasa bencana tsunami pada 2004 dan bencana gempa di Pakistan pada 2005.



Menurutnya kali ini, cabaran misi ini adalah untuk menangani cuaca sejuk yang mencecah paras beku.



"Namun kami telah membuat persediaan untuk menangani cabaran itu dengan adanya pakaian perlindungan peribadi dan baju sejuk.



"Ini adalah sebahagian tugas kami sebagai penyelamat bersama SCDF. Apa yang penting... ialah kami dapat pergi, memberikan sumbangan dan pulang dengan selamat," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >