Siaran langsung untuk peserta, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

AL-FALAH ACADEMY SINGAPORE

Siaran langsung untuk peserta

Jun 18, 2021 | 05:30 AM

PESERTA program ibadah korban tahunan Al-Falah Academy Singapore (AFASG) berpeluang menyaksikan penyembelihan kambing atau lembu masing-masing pada setiap tahun.

Ini kerana AFASG ingin peserta 'terlibat' sama dalam menunaikan ibadah korban yang mulia ini dan AFASG berusaha melaksanakannya sebaik mungkin buat peserta dengan cara sunnah.

Al-Falah Academy Singapore adalah sebuah pusat pendidikan Islam yang ditubuhkan oleh Ustaz Muhammad Ferozudeen Al-Hafiz.

Program ibadah korban tahunan AFASG mengagihkan daging korban kepada golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan di Indonesia termasuk dari kawasan pergunungan, India dan juga di Singapura.

Lantaran itu, pihak AFASG berasa ia penting bagi peserta untuk mengetahui bagaimana, siapa dan di mana ibadah korban mereka dilaksanakan.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pihak AFASG sangat menggalakkan para peserta untuk memahami ibadah korban mereka kerana dengan melakukan ibadah ini, peserta seakan mengikut teladan Nabi Ibrahim dalam Nabi Muhammad saw yang patuh dengan perintah Allah, cinta dan taat pada Allah.

Setiap peserta akan menerima setiap video penyembelihan kambing atau lembu korban individu mereka melalui Whatsapp, di mana peserta dapat melihat ternakan mereka disembelih oleh seorang ustaz, mengikut cara Mustahab.

Mereka juga akan mendapat video yang menunjukkan pengagihan daging korban mereka kepada golongan memerlukan melalui Whatsapp serta gambar-gambar sebelum dan sesudah penyembelihan dan e-sijil.

Peserta juga akan mendapat siaran langsung tentang proses korban mereka dari mula hingga akhir termasuk pengagihan daging infak korban Australia di Singapura.

Bagi memenuhi amanah peserta, urusan penyembelihan hanya dilakukan oleh seorang ustaz, bukan pekerja atau sukarelawan.

Peserta dialu-alukan melakukan Korban Australia supaya mereka boleh menghidupkan sunnah dengan memakan sebahagian daripada daging korban mereka bersama ahli keluarga.

Kami turut menawarkan penghantaran percuma ke rumah untuk memberi kemudahan untuk ibadah sunnah ini.

Harga semua khidmat amat rendah dan berpatutan supaya ramai dapat melakukan ibadah ini, terutama dalam tempoh Covid-19. Kami bangga dapat memudahkan ibadah mulia ini dengan harga yang rendah dan khidmat yang bermutu.

Bagi memudahkan peserta di samping mengikut langkah-langkah keselamatan akibat keadaan pandemik, pihak AFASG menawarkan khidmat pembayaran PayPal atau kad kredit walaupun ia membebankan kos perbelanjaan AFASG.

Mari mendekati dan menyaksikan ibadah anda!


CARA TEMPAHAN

Untuk tempahan, sila hubungi Al-Falah Academy Singapore di talian 8522-4534 atau ikuti Al Falah Academy Singapore di laman Facebook atau Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map