Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Siasatan CPIB: Tiada bukti pegawai Muis salah guna kuasa dalam proses iktiraf sijil halal asing

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Siasatan CPIB: Tiada bukti pegawai Muis salah guna kuasa dalam proses iktiraf sijil halal asing

Jun 30, 2021 | 02:00 PM

BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.

Justeru, tiada tindakan lanjut akan diambil oleh CPIB setelah menyiasat isu berkenaan proses pengiktirafan Muis bagi Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) itu.

Muis memberi perkembangan tentang kes itu dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Jun).

“CPIB telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan lanjut berkenaan tuduhan rasuah melibatkan pegawai Muis memandangkan tiada bukti secukupnya, berdasarkan maklumat yang diberikan pelbagai pihak dan siasatan mereka,” kata Muis. 

Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas satu laporan diterbitkan pada 22 April tahun lalu oleh laman berita dalam talian berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.

Pada Disember lalu, Muis berkata ia telah selesai menjalankan siasatan dalamannya mengenai kes itu, dan mendapati proses pengiktirafan FHCB dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.

Namun, Muis juga berkata ia telah merujuk perkara itu kepada CPIB untuk siasatan lanjut “demi kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban”.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3