Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan: Hujan lebat akibatkan ikan mati, air keunguan di Sentosa South Cove

Jan 18, 2021 | 05:30 AM



SIASATAN mengenai kematian ikan-ikan dan warna air yang merah-keunguan di perairan Sentosa South Cove awal bulan ini mendapati ia terjadi akibat hujan lebat baru-baru ini yang mengubah keadaan air.



Air di kawasan tersebut bertukar warna menjadi seakan merah jambu dan ungu sejak tengah hari 12 Januari lalu, lapor The Straits Times.



Bau busuk yang bertambah teruk dalam hari-hari berikutan juga dilaporkan awal sebelum itu.



Sampel air telah diuji dan didapati mengandungi tahap kemasinan dan oksigen terlarut yang rendah, yang mungkin telah mengakibatkan banyak ikan mati dari 6 hingga 9 Januari lalu, kata Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Kemekaran alga (algae) yang mengubah warna air di situ juga dikatakan disebabkan tahap nutrien dan kandungan organik yang tinggi dalam air.



SDC, NEA dan Pengurusan Resort Sentosa Cove (SCRM) telah mengkaji sampel air yang diambil antara 6 dengan 13 Januari.



Institut Sains Laut Tropika Universiti Nasional Singapura (NUS), yang didekati SDC dan SCRM mendapati sejumlah besar pico-cyanobacteria - alga - dalam sampel air.



Warna kemekaran bergantung pada spesis alga dan kandungan pigmen mereka, dan kemekaran tersebut mungkin telah berlaku walau sebelum air dilihat berubah warna, tambah kenyataan itu lagi.



Mereka berkata ikan-ikan yang mati di situ mungkin disebabkan kadar oksigen rendah disebabkan pernafasan cyanobacteria, penguraian, sesak nafas akibat insang yang tersumbat, atau kerengsaan disebabkan kemekaran ganggang.



Bau yang busuk pula kemungkinan besar disebabkan bangkai-bangkai ikan yang membusuk.



Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada penduduk di sana pada 11 Januari lalu, Knight Frank Property Asset Management bagi pihak SCRM mengatakan bahawa "pembersihan bangkai ikan terbesar" telah dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >