Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan ke atas 1MDB: MAS minta bank di sini beri maklumat

Apr 01, 2016 | 08:12 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengesahkan ia telah meminta beberapa bank memberi maklumat mengenai urus niaga dan aliran dana yang melalui sistem perbankan di sini.



Ini berhubung pemeriksaannya terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pengubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



"Sebagai respons kepada pertanyaan media, MAS dapat mengesahkan bahawa sebagai sebahagian daripada siasatan dan kesalahan lain di Singapura, ia telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas pelbagai transaksi dan juga aliran dana yang melalui sistem perbankan kita," kata MAS kepada akhbar The Straits Times pada Khamis (31 Mac).



MAS telah meminta beberapa institusi kewangan memberi maklumat berkaitan pemeriksaan itu.



"Memandangkan aliran dana itu bersifat rentas sempadan, MAS juga sedang bekerjasama rapat dengan, dan mencari penjelasan daripada, pihak berkuasa relevan di pusat kewangan lain... MAS akan menyediakan maklumat lanjut apabila kami telah menyiapkan pemeriksaan kami," kata seorang jurucakap MAS .



Penguasa itu enggan mengesahkan laporan yang mendakwa bahawa ia telah menyiasat 40 bank yang ada kehadiran di Singapura, termasuk dua bank terbesar di Australia, ANZ dan NAB.



Pemindahan bank serendah $50,000 dipercayai diteliti MAS, yang sedang menyiasat apakah dana daripada entiti yang ada kaitan dengan 1MDB telah dipecah menjadi jumlah kecil untuk mengelak pengesanan, menurut akhbar The Australian.



Akhbar itu berkata MAS dipercayai telah menyoal bank tersebut mengapa akaun khusus ditubuhkan, sifat transaksi, apa proses dalaman yang ada ada bagi mengesan aliran mencurigakan dan mengapa proses-proses tersebut tidak berjaya.



Julai lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan penyiasat mengesan deposit hampir AS$700 juta berpindah melalui Falcon Bank di Singapura ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang juga ketua lembaga penasihat 1MDB.



Datuk Seri Najib telah berulang kali menafikan salah laku dan mendapat manfaat peribadi daripada mana-mana dana.



Pada Februari, pihak berkuasa Singapura merampas "jumlah besar" akaun bank berhubung pemeriksaan tentang kemungkinan berlaku pengubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan salah urus kewangan yang didakwa membabitkan 1MDB.



Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan MAS berkata pada masa itu bahawa mereka menyiasat kesalahan yang mungkin berlaku itu sejak pertengahan tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >