Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan kes Dickson Yeo tidak dedah ancaman terhadap keselamatan S’pura: MHA

Jul 26, 2020 | 04:00 PM



 





Siasatan dalam kes Dickson Yeo, warga Singapura yang mengaku bersalah kerana bertindak di bawah arahan pegawai perisik China bagi mendapatkan maklumat sensitif dari rakyat Amerika Syarikat, tidak mendedahkan sebarang ancaman secara langsung terhadap keselamatan Singapura, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Ahad (26 Julai). 



Dalam respons kepada pertanyaan media, jurucakap MHA berkata kementerian dimaklumkan oleh pihak berkuasa Amerika tentang penangkapan Yeo pada November 2019. 



“Siasatan tidak mendedahkan sebarang ancaman secara langsung terhadap keselamatan Singapura.



“Rakyat Singapura dijangka mematuhi undang-undang negara yang dilawati mereka atau didiami. 



“Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang menghulurkan bantuan konsular yang diperlukan kepada Yeo,” kata kenyataan itu. 



Mengesahkan dan mengulas tentang bantuan diberikan,  Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata:



“Beliau adalah seorang rakyat Singapura. Tugas kami ialah untuk menyediakan bantuan konsular kepadanya mengikut keperluannya,” kata Dr Balakrishnan kepada wartawan di Pusat Pemeriksaan Keretapi Woodlands pagi tadi selepas bertemu dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengenai aturan pergerakan rentas sempadan Singapura dan Malaysia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >