SEBAGAI lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Cik Mas Shakinah Masyum dan Cik Nur Ashikin Zulkeple tidak setakat bergantung pada kemahiran industri yang digarap sepanjang tempoh bertugas.
Di atas saranan ibu mereka, kededuanya meluangkan masa bagi mengikuti pengajian Diploma Sains Gunaan (Teknologi Kimia) di Politeknik Temasek, lebih dua tahun lalu.