Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sibuk tugas tak halang khidmat pada orang susah di luar negara

Peguam Arfat Selvam terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Abdeali Tayebali
Nov 26, 2022 | 05:30 AM



DI sebalik tanggungjawabnya selaku seorang peguam, Cik Arfat Selvam, tidak pernah melupakan masalah sosial yang membelenggu kehidupan golongan susah di luar negara.



Atas dasar itu, jiwanya terpaut untuk berkhidmat kepada masyarakat susah di luar negara meskipun sibuk dengan tugasan guamannya setiap hari.



Cik Arfat, 77 tahun merupakan salah seorang pengasas Hope Villages yang ditubuhkan pada 2007 yang membantu penduduk susah di Kemboja - di mana beliau juga turut serta dalam kerja kemasyarakatan bagi membantu penduduk Muslim - termasuk menyampaikan telekung dan menguruskan kursus menjahit bagi penduduk wanita.



Sepanjang 15 tahun penglibatannya dalam pertubuhan itu, beliau turut serta dalam membangunkan keupayaan para penduduk di salah sebuah kampung yang dibantu, menerusi kemampuan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan komputer.



Bakti dan jasa beliau tidak dilupakan.



Baru-baru ini, ibu dua anak itu telah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Abdeali Tayebali yang kelapan.



Anugerah itu mengiktiraf sumbangan Cik Arfat dalam pembangunan pasaran khidmat kewangan di Singapura, selain menjadi anggota lembaga beberapa persatuan dan badan berkanun.



Beliau juga membuat sumbangan besar dalam bidang khidmat kemasyarakatan dan kerja sosial.



Dalam ucapannya, Cik Arfat menggariskan tiga elemen penting dalam perjalanan menghasilkan perbezaan kepada kehidupan orang lain.



Ini termasuk melahirkan rasa syukur, menanam semangat meneroka dan sokongan keluarga.



Dalam ucapannya, Cik Arfat menjelaskan bahawa akan timbul satu masa apabila seseorang itu sedar yang beliau terhutang budi kepada masyarakat yang telah membantu menaikkan tarafnya ke satu peringkat di mana mereka dapat "tawarkan bahu mereka kepada orang lain".



"Rasa syukur kepada masyarakat ini membuat anda ingin kembali menyumbang agar dapat manfaatkan orang lain," katanya.



Menyentuh tentang semangat meneroka, Cik Arfat berkata kadang kala timbul sikap teragak-agak untuk memulakan sesuatu projek tanpa jaminan sepenuhnya tentang apa yang akan berlaku.



"Biasanya timbul ketidak tentuan tentang bagaimana objektif ini dapat dicapai.



"Terdapat pelbagai faktor berbeza, terutamanya apabila seluruh masyarakat terlibat.



"Dalam projek sedemikian, adalah penting untuk memiliki semangat meneroka dan bergerak mengikut aliran semula jadi.



Mengenai elemen sokongan keluarga pula, Cik Arfat berkata bagi memastikan kejayaan setiap projek, perlu ada kemampanan.



"Kemampanan ini memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga anda agar anda dapat terima cabarannya untuk jangka masa panjang," katanya yang akan ke Kemboja sekali lagi bulan depan sebagai sebahagian daripada kerja kemasyarakatannya.



Apa yang mencabar adalah usaha beliau dalam mengimbangi keluarga, kerjaya dan kerja kemasyarakatan, katanya.



Justeru beliau tekankan juga disiplin, senaman serta menjaga diet pemakanan agar dapat mengekalkan kesihatan demi meneruskan segala yang diusahakannya pada masa ini.



Dalam ucapannya pula, Pengerusi Amanah Keluarga Abdeali Tayebali, Encik Ameerali Abdeali, menganggap Cik Arfat sebagai seorang peguam korporat dan aktivis kemanusiaan yang sebenar.



Diminta komennya tentang sumbangan Cik Arfat, Encik Ameerali berkata:



"Cik Arfat sememangnya orang yang paling layak menerima anugerah ini kerana beliau cemerlang dalam kerja profesionalnya dan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan secara pro bono - bukan sahaja di Singapura malah di rantau ini juga."



Acara yang berlangsung pada Rabu lalu di Village Bugis Hotel itu turut dihadiri sekitar 100 hadirin termasuk Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai selaku tetamu terhormat.




“Cik Arfat sememang-nya orang yang paling layak menerima anugerah ini kerana beliau cemerlang dalam kerja profesionalnya dan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan secara pro bono - bukan sahaja di Singapura malah di rantau ini juga.”
- Encik Ameerali Abdeali, Pengerusi Amanah Keluarga Abdeali Tayebali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >