Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang jadi wadah bagi rujukan masyarakat Islam harungi cabaran

Masagos: ICCOS buka peluang peserta kongsi pengalaman, raih pengajaran
Sep 11, 2022 | 05:30 AM



PERSIDANGAN Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) telah membentuk jalan dan menekankan kepentingan bagi para cendekiawan untuk menyumbang kepada gedung-gedung ilmu pada masa hadapan, supaya ia dapat menjadi bahan dan landasan bagi rujukan masyarakat Islam untuk membuat keputusan tepat apabila terdapat cabaran yang dihadapi sebagai masyarakat Islam minoriti.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam, semasa menggulung persidangan dua hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City.



Seringkali, menurutnya, masyarakat dihadapi oleh isu yang begitu banyak sekali dan perlu membuat pilihan apa yang harus diselesaikan dahulu.



Memberi contoh Singapura, Encik Masagos menyentuh tentang perjalanan masyarakat Islam di sini sambil mengimbau kembali sejarah negara ini yang berdepan dengan persimpangan pada 1965 - ketika meraih kemerdekaan.



Menurutnya, masyarakat Islam di sini berubah menjadi minoriti dalam sekelip mata.



Namun, beliau melahirkan kegembiraan bahawa golongan pemimpin perintis negara ini memilih untuk mengawal selia dan menginstitusikan keperluan orang Islam di sini, khususnya berkenaan undang-undang keluarga, maka terbentuklah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) pada 1966.



"Dengan Amla, kita kini juga mempunyai manfaat mempunyai institusi seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang telah membantu kita menangani banyak isu yang kita hadapi. Pada masa yang sama, kita dapat mengembangkan potensi masyarakat kita, sama ada ia kemampuan untuk memberi sijil halal kepada makanan untuk pasaran antarabangsa atau menghasilkan cendekiawan yang memberi kesan antarabangsa. Ini semua hasil pilihan betul yang dilakukan perintis kita pada 1965," katanya.



Encik Masagos menambah bahawa Amla menjadi sesuatu yang menjaga Muslim di sini "sejak lahir hingga ke liang lahad", termasuk isu seperti wakaf, madrasah, masjid, zakat dan pengebumian.



Beliau melahirkan kesyukuran bahawa ICCOS telah berakhir dengan kejayaan yang tidak terduga.



Menurutnya, ramai sekali pensyarah dari luar negara yang hadir dan menyampaikan pendapat dan ilmu yang sangat bermanfaat bagi masyarakat Islam Singapura yang merupakan minoriti dalam masyarakat terbuka, progresif dan sekular.



Persidangan ini membolehkan peserta untuk mendengar pengalaman dari negara-negara lain yang mempunyai cabaran yang sama, dan meraih pengajarannya.



"Yang menjadi satu kejutan adalah maklum balas daripada peserta terutama daripada mereka dari luar negara yang mengatakan ini kali pertama mereka hadir bagi satu mesyuarat yang membincangkan mengenai bagaimana kita dapat bekerjasama untuk mewujudkan tempat-tempat atau kota-kota di mana masyarakat gemilang, masyarakat minoriti yang dapat berintegrasi, menyumbang dengan bermakna dalam negara mereka, kerana ini adalah sesuatu perkara yang belum pernah dibincangkan apalagi atas dasar-dasar Islam dan mereka gembira dapat menyertai mesyuarat tersebut," ujarnya.



Beliau menambah bahawa pemimpin masyarakat berkongsi bahawa persidangan itu bermanfaat.



Malah, tatkala mendengar ucapan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang merasmikan sidang malam kelmarin, mereka berkata ia menunjukkan sokongan yang besar terhadap masyarakat Islam.



Laporan lanjut: Sekitar Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >