Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDFest tampil dua bakat baru dalam bidang reka bentuk

Jul 11, 2021 | 05:30 AM



PESTA reka bentuk oleh Persatuan Pereka Dalaman Singapura (SIDS), SIDFest, kini berlangsung di Pusat Reka Bentuk Nasional (NDC) sehingga 18 Julai.



Menampilkan kerja seni dari pelbagai artis di dalam industri tersebut, salah satu sorotan utama di SIDFest 2021 adalah Generation Next, yang mempamerkan karya pelajar dalam bidang ini mengenai masa depan reka bentuk di Singapura.



Antara mereka yang berpeluang untuk menampilkan projek mereka ialah bakat baru dalam industri seni reka, Cik Nur Sabrina Yazid dan Cik Siti Sarah Aziz.



Tertarik dengan konsep rumah anak patung sejak beliau kecil, Cik Nur Sabrina, 23 tahun sering mengubah suai "rumah" tersebut dengan perabot kecil untuk menunjukkan penampilan berbeza.



Ketika dihubungi Berita Minggu, lulusan sarjana muda dalam Reka Bentuk Dalaman dari Sekolah Seni Glasgow di Institut Teknologi Singapura (SIT) itu berkata minatnya untuk menjadi seorang pereka dalaman terus berkembang.



Dengan karyanya, Crafting Narrativity, beliau berharap dapat menampilkan kerja seni yang bukan hanya menjadi penyelesaian untuk sebuah ruang, malah menggabungkan seni dan reka bentuk dalam ruang itu.



Sebagai contoh, projeknya mempamerkan tiga ruang berbeza - rumah idaman, pentas teater dan juga tempat awam seperti Bras Basah.



"Sebuah ruang itu sebenarnya bukan sahaja ruang yang biasa. Terdapat aspek lain juga yang membentuk ruang itu.



"Dalam projek ini, saya meneroka cerita, imaginasi dan kreativiti untuk menampilkan ruang tersebut.



"Mungkin reka bentuk itu kelihatan mudah atau biasa, tetapi saya rasa ia mempunyai makna dan identiti yang dapat dilihat dalam ruang itu," katanya.



Mengulas mengenai peluang untuk mempamerkan karyanya, anak bongsu dua beradik itu berkata beliau bersyukur.



Tambahnya, karya tersebut merupakan projek tesisnya di universiti.



"Setelah bekerja keras untuk menyediakan projek ini selama hampir setahun, saya rasa amat gembira diberi peluang untuk mempamerkan karya saya bersama pelajar-pelajar lain di sini.



"Saya rasa peluang ini akan membakar semangat saya untuk terus menceburi bidang ini pada masa akan datang serta memperkenalkan orang ramai kepada dunia rekaan dalaman yang agak unik," kata beliau yang juga salah seorang panelis undangan yang akan mengongsi pengalamannya sebagai seorang pelajar dalam industri tersebut.



Karya Cik Siti Sarah, 25 tahun, pula merupakan reka bentuk sebuah kelab masyarakat tiga tingkat yang mempunyai pelbagai pelaksanaan bagi langkah keselamatan Covid-19.



Karya tersebut menggalak dan mewujudkan pergerakan mampan dengan menggunakan teknologi, dan Cik Siti Sarah menjelaskan bahawa ia bertujuan meningkatkan kecekapan pengguna secara menyeluruh.



"Di tengah-tengah pandemik ini, kita tidak tahu bagaimana ia akan terus menjejas atau mengubah kehidupan harian kita di tempat-tempat yang kita kunjungi.



"Jadi dengan karya saya ini, saya telah memikir bagaimana kita dapat teruskan kehidupan kita seperti biasa, dan pada masa yang sama terus menjaga keselamatan orang ramai dengan adanya langkah-langkah pengurusan selamat yang tertentu," kata lulusan Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Politeknik Singapura itu.



Antara unsur reka bentuk yang menarik di dalam karyanya termasuk lampu LED yang diletak di lantai bagi memastikan orang ramai mematuhi jarak selamat.



Sekiranya seseorang itu tidak menjaga jarak selamat, lampu merah akan menyala.



Kini bekerja sepenuh masa sebagai penyelaras teknikal di sebuah firma seni bina, Cik Siti Sarah berharap dapat terus mereka dan menawarkan ruang yang dapat dimanfaatkan orang ramai.



"Apa yang saya telah reka sebenarnya adalah dalam imaginasi saya sahaja.



"Tetapi dengan peluang untuk menunjukkan kepada orang ramai karya saya di SIDfest, saya berharap pada masa akan datang, saya juga akan dapat peluang menjadikan karya-karya ini satu kenyataan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >