Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN FOTO

Sinar suria perkasa S'pura

May 30, 2022 | 05:30 AM



IA boleh dilihat di atas bumbung blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan juga boleh ditemui di kolam air, stesen minyak dan juga di atas kios ATM.



Pemasangan panel suria hampir ada di mana-mana di Singapura, naik daripada 900 pada 2015 kepada 5,200 tahun lalu, dan meningkatkan kapasiti suria Singapura sebanyak lebih sembilan kali sepanjang tempoh tersebut.



Sebahagian daripadanya dipanggil solar farm iaitu loji tenaga suria yang menandakan skala besarnya, seperti projek JTC SolarLand di Taman Perniagaan Changi dan Loji Tenaga Suria Terapung Tengeh Sembcorp.



Panel suria, apabila digabungkan dengan penyongsang (inverter) dan perkakasan mekanikal dan elektrik lain, membentuk sistem fotovoltan (PV) suria, yang menukar cahaya matahari menjadi tenaga elektrik.



Tahun lalu, pemasangan PV suria menjana tenaga elektrik sebanyak 397 gigawatt-jam di Singapura, sama seperti membekalkan kuasa kepada sekitar 75,000 isi rumah selama setahun.



Gigawatt-puncak ialah kapasiti terpasang bagi sistem PV, manakala gigawatt-jam mengukur pengeluaran kuasanya.



Menurut ketua eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Ngiam Shih Chun, tenaga suria adalah sumber tenaga boleh diperbaharui yang menjanjikan keberhasilannya di Singapura.



"Kami berada di landasan untuk mencapai sasaran pengerahan suria sebanyak sekurang-kurangnya dua gigawatt-puncak menjelang 2030, cukup banyak untuk menyalurkan kuasa kepada 350,000 isi rumah setiap tahun.



"Ini menyokong Rancangan Hijau Singapura dalam peralihan ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >