Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAYA SERANTAU

Lengang, sesak jelang Raya

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA



RUANG lobi Terminal Feri Tanah Merah kelihatan lengang, berbeza jika dibandingkan dengan hari Jumaat yang lain lebih-lebih lagi di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Semasa Berita Harian (BH) mengunjungi terminal feri itu pada petang Jumaat, kurang daripada 35 orang yang kelihatan menunggu giliran menaiki feri ke Indonesia.



Dalam kalangan mereka yang menunggu hanya beberapa keluarga yang ditemui BH berkata mereka mahu pulang ke kampung di Indonesia untuk menyambut lebaran.



Antaranya ialah Encik Azman Vandu, 61 tahun, yang ditemui bersama isterinya Cik Sarina, 41 tahun, dan dua anak mereka.



Encik Azman berkata beliau lazimnya menyambut hari pertama Aidilfitri di kampung isterinya di Tanjung Pinang.



Lazminya mereka terpaksa mengharungi keadaan sesak di terminal feri itu lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cuti umum.



"Biasanya ramai orang di sini, lagi-lagi kalau hujung minggu panjang.



"Feri kami bertolak pada 5.50 petang, kami ingatkan akan ada ramai orang di sini jadi kami datang awal pukul 3.30 petang.



"Tapi datang tempat sunyi," kata beliau.



Sementara itu, tinjauan BH di sekitar Koswe menunjukkan lalu lintas agak lancar dan tiada kesesakan dilaporkan di sana.



Laluan trafik dari Woodlands menghala ke Johor Bahru juga kelihatan lancar.



Keadaan serupa juga kelihatan di sekitar LinKedua di Tuas. Laluan trafik menuju masuk dan keluar Singapura juga lancar.




MALAYSIA



KEADAAN di Kuala Lumpur mula lengang apabila ramai anak kota balik kampong untuk menyambut Aidilfitri.



Sebelumnya, terdapat tidak kepastian jika Hari Raya jatuh pada Jumaat, dan ramai lega apabila anak bulan tidak kelihatan. Ini berbeza dengan keadaan tahun 2022.



Teringat akan insiden 'Raya mengejut' tahun lepas apabila umat Islam menyambut hari kemenangan itu awal sehari dari jangkaan.



Ada dalam kalangan penumpang bas ekspres membeli dua tiket berlainan tarikh kerana bimbang sambutan Aidilfitri mengejut seperti tahun lalu.



Penumpang, Encik Muhammad Nor Firdaus, 37 tahun, mengakui membeli dua tiket berlainan tarikh iaitu untuk perjalanan pada Khamis dan Jumaat.



Katanya, walaupun mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM90 ($27.03) untuk membeli dua tiket, tetapi katanya, paling utama ialah dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada raya pertama.



Bagi mereka yang menaiki kenderaan persendirian menyaksikan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara sesak berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.



Tambahan trafik ini juga dikatakan setelah kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri.



Tol Rahmah percuma itu diberikan pada 19 April (Rabu) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin).



Sehingga 2.3 juta kenderaan sehari akan berada di atas tiga lebuh raya utama secara berperingkat-peringkat bermula pada Selasa hingga 7 Mei sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.



Lebuh-lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur.




INDONESIA



ALIRAN trafik sesak mencapai kemuncak di Pulau Jawa ketika orang ramai mula 'mudik' atau balik kampung menjelang sambutan Hari Raya bermula Selasa sehingga menyaksikan sejumlah jalan raya di Jakarta yang dikenali dengan kesesakan lalu lintas atau macet mula lengang.



Laporan Kompas melaporkan aliran trafik dari Jalan Salemba Raya ke Jalan Kramat Raya kelihatan sunyi. Begitu juga di jalan MH Thamrin, Jalan Sudirman dan sebaliknya yang juga lengang.



Keadaan ini sudah dijangka kerana aliran trafik tinggi dilaporkan dari Jakarta memasuki Lebuhraya Trans Jawa di Tol Cikampek Utama, Jawa Barat menghala Tol Probolinggo, Surabaya meliputi jarak hampir 790 kilometer.



Kesesakan dijangka terus berlaku sehingga Jumaat apabila 18.3 juta orang meninggalkan ibu kota tahun ini berbanding hanya 14.3 juta orang pada tahun 2022.



Pengguna Tol Cikampek Utama berdepan kesesakan hampir dua jam dengan 138,000 ribu kenderaan mula meninggalkan ibu kota pada Khamis dan ditambah bilangan kenderaan dari Sumatera yang mahu ke Surabaya.



Di seluruh Indonesia, sekitar 123.8 juta orang dijangka akan mudik kali ini, melonjak 47 peratus berbanding 85.5 juta orang tahun lepas, menurut Kementerian Pengangkutan.



Hampir 75 peratus pulang menggunakan pengangkutan darat, laut dan udara dan 80,792 orang menikmati pengangkutan darat dan laut percuma disediakan kementerian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >