Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura akan belanjakan $30j bagi biayai pusat keselamatan siber serantau

Sep 19, 2018 | 03:51 PM



SEBUAH pusat baru yang akan melatih pakar untuk bertindak menangani kejadian keselamatan siber di dalam negara dan rantau ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Singapura apabila ia dilancarkan pada suku kedua tahun depan.



Dalam tempoh lima tahun akan datang, Singapura akan membelanjakan $30 juta untuk membiayai Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Asean-Singapura itu bagi mempertingkatkan keupayaan siber rantau ini dan keupayaan rantau ini menangani ancaman siber sejagat yang baru.



Bercakap di majlis pembukaan Persidangan Menteri Asean mengenai Keselamatan Siber hari ini (19 September), Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran berkata pusat itu akan antara lain melatih Pasukan Respons Kecemasan Komputer (Certs) di rantau ini.



Pusat itu juga akan berfungsi sebagai kumpulan pemikir siber serta menawarkan latihan pertahanan siber maya bagi semua negara Asean.



Pusat tersebut akan ditempatkan bersama Agensi Keselamatan Siber (CSA) di Maxwell Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >