Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura akan mempunyai pusat kemahiran kehidupan pertama bagi orang dewasa muda dengan Sindrom Down

Mar 16, 2019 | 05:16 PM



PUSAT latihan pertama Singapura bagi orang dewasa muda dengan Sindrom Down yang akan mengajar mereka untuk hidup berdikari akan dibuka bulan depan.



Pusat Latihan dan Kehidupan Berdikari (ILTC) akan dilancarkan secara rasmi pada 27 April di Telok Blangah Crescent, kata pengarah eksekutif Persatuan Sindrom Down (Singapura), Encik Moses Lee, hari ini (16 Mac).



Encik Lee membuat pengumuman itu dalam ucapan di sambutan bagi meraikan Hari Sindrom Down Sedunia, yang disambut pada 21 Mac serata dunia bagi meningkatkan kesedaran tentang keadaan itu.  



Program perintis itu, yang boleh menerima 24 orang, akan mengajar pelatih kemahiran kehidupan seperti perancangan kewangan, kehidupan bermasyarakat, memasak dan aspek ekonomi rumah lain.



Sedang ada pusat serupa yang menyokong kehidupan berdikari bagi golongan kurang daya intelektual, ILTC dikhaskan bagi orang yang mempunyai Sindrom Down berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.



Pelatih warga Singapura akan membayar yuran $250 sebulan dan warga asing dikenakan yurang $516 sebulan.



Persatuan Sindrom Down mempunyai skim bantuan kewangan bagi keluarga yang memerlukan sokongan.



Pusat latihan itu masih menerima permohonan.



Pihak yang berminat boleh menghubungi Persatuan Sindrom Down di talian 6500-9321 atau e-mel alvin@downsyndrome-singapore.org.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >