PEMERINTAH Singapura mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan Bucharest menggandakan hukuman penjara ke atas bekas diplomat Romania, Silviu Ionescu, kepada enam tahun kerana kesalahannya dalam kes langgar lari pada 2009 di sini.
Ionescu asalnya dihukum penjara tiga tahun setelah didapati bersalah menyebabkan kematian, oleh sebuah mahkamah di negara Eropah timur itu.