Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura antara enam negara terbaik bersih kegiatan rasuah

Feb 22, 2018 | 04:30 PM



KEDUDUKAN Singapura sebagai negara yang dianggap paling bersih daripada kegiatan rasuah di dunia naik satu tangga.

Singapura menduduki tempat keenam dalam Indeks Tanggapan Rasuah oleh Transparency International (TI) bagi tahun lalu, naik satu tangga berbanding tempat ketujuh bagi 2016.

Singapura meraih 84 mata dalam indeks tahun lalu, sama dengan markah yang diraihnya bagi 2016.

Markah penuh 100 mata menandakan sesebuah negara itu bersih daripada gejala rasuah manakala mata sifar menunjukkan negara berkenaan mempunyai masalah rasuah yang amat tinggi.

Selain Singapura, Sweden juga menduduki tempat keenam dalam Indeks Tanggapan Rasuah bagi 2017, menurut akhbar The Straits Times.

Negara yang menduduki tempat paling atas dalam indeks terkini itu - yang menyenaraikan 180 negara - termasuk New Zealand, Denmark, Finland, Norway dan Switzerland.

Pengarah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Encik Wong Hong Kuan, menerusi satu kenyataan hari ini menarik perhatian bahawa Singapura dikenali seluruh dunia bagi perkhidmatan awamnya yang cekap dan bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >