Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura bakal punya bank benih tumbuh-tumbuhan tahun depan

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA akan mempunyai bank benihnya yang pertama tahun depan, yang dapat menyimpan benih bagi sehingga 25,000 spesies tumbuh-tumbuhan dalam usaha melindungi kepelbagaian pokok setempat dan serantau.



Bank Benih Kebun Bunga Singapura akan ditubuhkan Lembaga Taman Negara (NParks) di Rumah 4, rumah terbesar antara lima rumah kolonial di pekarangan bekas tapak Kolej Raffles.



Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong yang mengumumkan daya usaha itu semalam berkata perbankan benih merupakan sejenis insurans bagi kepelbagaian bio-tumbuh-tumbuhan.



"Ia akan memastikan benih akan sedia ada pada masa depan bagi proses kajian dan projek baik pulih," katanya yang menambah bahawa ia akan membolehkan Kebun Bunga menyokong usaha memperkenal semula spesies pada peringkat serantau.



Beliau berkata demikian semasa pembukaan Pertunjukan Orkid Festival Taman Singapura dekat Kebun Bunga, tempat lebih 100 jenis warisan orkid dan orkid yang pernah meraih anugerah, dipamerkan.



Bank benih itu akan merangkumi makmal biologi benih, bilik bagi memproses benih dan peti sejuk untuk menyimpan benih.



Galeri juga akan disediakan untuk pengunjung mempelajari tentang perbankan benih serta kerja-kerja pemuliharaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >