PERDANA Menteri Lee Hsien Loong yang kini mengadakan lawatas rasmi pertama ke Turkey telah menghadiri jamuan malam yang dihos Datuk Bandar Istanbul, Encik Kadir Topbas, dan isteri, kelmarin.
Di jamuan yang berlangsung di Istana Ciragan, Encik Lee dan Encik Kadir berikrar meneruskan hubungan baik antara Singapura dengan Turkey dan mengalu-alukan lebih banyak peluang mengukuhkan hubungan perniagaan dan pertukaran lain antara dua negara.