Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura dibahagi kepada 16 bandar, dua majlis bandaran baru diadakan

Oct 01, 2015 | 01:07 PM



Singapura secara rasmi dibahagikan kepada 16 'bandar', setiap satu mempunyai majlis bandaran masing-masing, menurut satu senarai yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis (1 Oktober).


Daripada 16 majlis bandaran itu, dua baru, 13 disusun semula dan satu tidak berubah.


Majlis bandaran baru ialah Jalan Besar, yang berkhidmat bagi GRC Jalan Besar serta SMC Potong Pasir, dan Marsiling-Yew Tee, yang menguruskan GRC Marsiling-Yew Tee.


Sebanyak 13 majlis bandaran disusun semula kerana beberapa kawasan di bawah pengurusan mereka telah menjadi sebahagian daripada bandar lain selepas perubahan pada kawasan pilihan raya.


Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East akan dikenali sebagai Aljunied-Hougang, menyusuli kekalahan Parti Pekerja (WP) di SMC Punggol East kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP).


Majlis Bandaran East Coast dinamakan semula East Coast-Fengshan, sementara Majlis Bandaran Jurong menjadi Jurong-Clementi.


Majlis Bandaran Tampines tidak berubah kerana tiada perubahan pada kawasan undi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >