Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Singapura hentikan cop pasport untuk pelawat jangka pendek, sebaliknya akan keluarkan e-Pas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura hentikan cop pasport untuk pelawat jangka pendek, sebaliknya akan keluarkan e-Pas

Mar 11, 2022 | 06:05 PM

SEMUA warga asing yang memasuki Singapura dengan pas lawatan jangka pendek mulai Jumaat (11 Mac) akan diberi pas lawatan elektronik (e-Pas) yang akan menggantikan cop pengesahan manual pada pasport.

Pengeluaran e-Pas, yang mula dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi pada Oktober tahun lalu, telah diperluaskan secara berperingkat ke semua pusat pemeriksaan mulai Jumaat, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan.

Pengunjung akan menerima e-Pas mereka melalui e-mel selepas melepasi imigresen.

Ini menggantikan pengesahan pas lawatan jangka pendek yang dicop di pasport.

Mereka yang tidak mempunyai alamat e-mel boleh menyerahkan seorang ahli keluarga sebagai proksi.

e-Pas itu akan merangkumi butiran pas lawatan yang diberikan, seperti bilangan maksimum hari penginapan dan hari penginapan terakhir yang dibenarkan di Singapura.

“Dengan pelaksanaan penuh e-Pas, semua pengunjung asing yang diberi pas lawatan jangka pendek tidak lagi perlu risau tentang kekurangan halaman dalam pasport mereka untuk menampung cop imigresen,” kata ICA.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3