Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Singapura, Indonesia tambah kerjasama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura, Indonesia tambah kerjasama

* Ekonomi Digital * Pelancongan Latihan * Kemahiran
Sep 08, 2017 | 05:30 AM

SETELAH Singapura dan Indonesia menjalin hubungan diplomatik selama 50 tahun, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berikrar mengukuhkan lagi hubungan dan mendalami peluang kerjasama agar kededua negara maju seiringan.

Para pemimpin kededua negara bersetuju bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital dan pelancongan dalam Rahat Pemimpin yang diadakan di Singapura semalam.

Semalam juga menandakan lima dekad hubungan diplomatik dua negara yang mula dijalinkan pada 7 September 1967.

"Hubungan dua hala kita telah berkembang dan makmur. Generasi pemimpin mengambil pendekatan jangka panjang bagi bekerjasama demi manfaat bersama dan menghuraikan masalah dengan cara baik dan rasional.

"Hari ini, kita mempunyai hubungan kukuh berdasarkan kepercayaan bersama dan saling menghormati,'' kata PM Lee di sidang akhbar bersama Presiden Jokowi di Istana bagi merumuskan rahat sehari itu.

Mencerminkan keakraban kededua negara, Presiden Jokowi berkata: "Kita merupakan jiran atas kehendak Tuhan berdasarkan geografi, tetapi kita adalah dan akan sentiasa menjadi jiran yang baik dan rakan yang akrab berdasarkan pilihan.''

Sejak rahat pertama di Semarang November tahun lalu, banyak kemajuan dicapai dalam projek kerjasama, termasuk pelaburan, latihan kemahiran dan ekonomi digital.

Taman Perusahaan Kendal (KIP), yang dibuka PM Lee dan Presiden Jokowi di Semarang tahun lalu, telah menarik 32 penyewa, pelaburan AS$500 juta ($673 juta) dan mewujudkan hampir 4,000 pekerjaan.

Sebuah politeknik dirancang dibina di KIP bagi melahirkan pekerja terlatih demi menyokong projek tersebut.

Menyentuh kerjasama ekonomi digital, Presiden Jokowi menyatakan bahawa ia amat penting bagi kededua negara menggabungkan pelaburan dan teknologi mereka bersama.

"Jika kita gabungkan pelaburan, teknologi dengan bakat dan pasaran belia yang berpotensi, kerjasama ekonomi digital akan menjadikan ekonomi Indonesia dan Singapura lebih kukuh,'' katanya.

Batam merupakan lokasi ideal bagi membangunkan ekonomi digital, termasuk pembangunan kelompok digital di Nongsa dan sebuah inkubator bagi firma teknologi baru (start-up).

Dalam bidang pelancongan, kededua negara bersetuju membangunkan destinasi pelancongan bersama, bekerjasama mengoperasikan kapal persiaran dan meningkatkan pelaburan dalam prasarana pelancongan.

PM Lee juga mengongsi keprihatinan Presiden Jokowi mengenai ancaman pengganasan yang meningkat di rantau ini dan bersetuju berusaha sama menangani isu itu.

Presiden Jokowi juga memberitahu PM Lee mengenai usaha peribadinya menangani masalah jerebu antara sempadan.

"Keadaan bertambah baik sejak dua tahun lalu dan saya mengucapkan terima kasih kerana perhatian beliau terhadap hal ini dan menawarkan kerjasama penuh Singapura menangani isu itu,'' kata PM Lee.

Untuk mengeratkan hubungan rakyat kededua negara, sebuah acara budaya akan diadakan tahun depan bagi mempamerkan budaya Indonesia yang kaya dan sekitaran seni Singapura yang berkembang.

"Saya yakin dengan kepimpinan Presiden Jokowi, kita akan terus menikmati hubungan kukuh, yang sentiasa melihat ke hadapan dan dinamik. Harapan saya agar Singapura dan Indonesia terus maju bersama ke tahap lebih tinggi bagi 50 tahun mendatang,'' kata PM Lee, mengakhiri sidang akhbar itu.

Laporan lanjut:

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3