Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura jangka terima 4 hingga 6 juta pengunjung tahun ini

Jul 14, 2022 | 05:40 PM



SEDANG pelancongan sedunia terus meningkat, kira-kira empat hingga enam juta pelawat dijangka berkunjung ke Singapura tahun ini, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini (14 Julai).



Bagi separuh pertama tahun ini, terdapat 1.5 juta ketibaan pelawat. Ini adalah hampir 12 kali lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lepas.



Lima pasaran pelawat utama ialah Indonesia, India, Malaysia, Australia dan Filipina, yang membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelawat dari Januari hingga Jun.



Pelawat dari Indonesia, India dan Malaysia khususnya mencatatkan pertumbuhan bilangan tertinggi tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Bagaimanapun, STB berkata aliran pelancongan akan menghadapi beberapa cabaran bagi baki tahun ini disebabkan persekitaran politik dan ekonomi sedunia yang tidak menentu serta situasi kesihatan yang berubah-ubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >