Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura kutuk serangan pengganasan di Perancis, tidak ada laporan warga Singapura terjejas

Mar 24, 2018 | 04:30 PM



SINGAPURA  mengutuk serangan pengganas di Trèbes, Perancis pada  Jumaat (23 Mac), yang membunuh dan mencederakan orang  tidak bersalah, termasuk pegawai polis Perancis, kata Kementerian Luar Negeri (MFA) pada  Sabtu.



“Kami berdiri  teguh berpadu   bersama   rakyat dan pemerintah  Perancis, dan mengharapkan mereka yang  cedera pulih dengan cepat,”  kata MFA dalam satu kenyataan.



Ia menambah bahawa tidak ada laporan bahawa warga Singapura  cedera atau  terjejas secara langsung oleh insiden itu setakat ini.

 

Warga  Singapura di Perancis dinasihatkan supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan dan terus berhubung dengan keluarga dan rakan mereka.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera harus menghubungi Kedutaan Singapura di Paris atau Pejabat Bertugas   24 jam MFA di:



Kedutaan Singapura di Paris

Tel: +33 01 56 79 68 00

E-mel: singemb_par@mfa.sg

Pejabat Bertugas MFA (24 jam)

Tel: +65 6379 8800/8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >