Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Peru tandatangan MOU kerjasama dalam kredit karbon

Nov 18, 2022 | 05:42 PM



SINGAPURA dan Peru menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada Jumaat (18 Nov) untuk bekerjasama dalam kredit karbon, sejajar dengan Perjanjian Paris.


MOU itu ditandatangani Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Alam Sekitar Peru, Encik Wilbert Rozas, di Pavilion Singapura di Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 (COP27), di Sharm el-Sheik, Mesir.


Menurut satu kenyataan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), MOU itu akan memudahkan kerjasama dalam projek kredit karbon yang bertujuan memajukan penjanaan dan perkongsian kredit karbon untuk menyokong cita-cita iklim Singapura dan Peru.


Singapura komited untuk memastikan integriti, kualiti dan ketelusan pasaran karbon.


Ini termasuk perakaunan yang mantap dan bebas, serta mengelakkan pengiraan dua kali, termasuk memerlukan pelarasan sepadan.

Kenyataan itu menambah, kerjasama itu juga akan mengutamakan pembangunan mampan dan faedah bersama kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.


Mengenai kerjasama itu, Cik Fu berkata:

“Penandatanganan Memorandum Persefahaman ini menyerlahkan komitmen Singapura dan Peru untuk bekerjasama dalam pasaran karbon sejajar dengan Artikel 6 Perjanjian Paris.


“Inisiatif seperti Climate Action Data (CAD) Trust membolehkan kami meningkatkan pasaran karbon sambil menegakkan ketelusan dan integriti alam sekitar.


“Kerjasama sedemikian adalah penting bagi negara untuk memajukan cita-cita iklim, dan untuk mempercepat tindakan untuk mencapai matlamat kemampanan kita”.


Dalam perkara ini, MSE akan membentuk satu kumpulan kerja antara agensi dengan Kementerian Alam Sekitar Peru untuk melaksanakan MOU ini, jelas kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >