SINGAPURA dan 10 negara yang menyertai perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) semalam bersetuju melihat bagaimana kerjasama bagi ekonomi yang komprehensif antara mereka dapat dilaksanakan tanpa Amerika Syarikat.
Pendirian bersama itu dibuat di luar acara mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan, di Hanoi.