Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost didenda $300,000

Mar 29, 2019 | 02:24 PM



SINGPOST telah didenda $300,000 kerana gagal memenuhi piawai pengiriman surat asas dan bungkusan asas berdaftar setempat serta antarabangsa tahun lalu.



Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dikenakan ke atas SingPost.



Denda yang dikenakan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) hari ini (29 Mac) itu tiga kali lebih tinggi berbanding denda yang dikenakan ke atas SingPost Februari lalu kerana gagal memenuhi piawaian bagi 2017.



Menerusi satu kenyataan, IMDA berkata SingPost menghadapi 20 kejadian tidak mematuhi piawaian tahun lalu berbanding sembilan kejadian pada 2017.



Antara kejadian tahun lalu termasuk surat yang hilang.



Dalam pada itu, SingPost berkata mereka menerima sepenuhnya denda yang dikenakan ke atas mereka itu dan sedang menjalankan semakan menyeluruh berhubung operasi posnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >