Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri buku 'Nabil Nabilah' dilancar untuk murid prasekolah

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



SIRI bacaan Nabil Nabilah yang sebelum ini dihasilkan untuk murid sekolah rendah kini dilanjutkan ke peringkat prasekolah.



Buku-buku cerita untuk murid tadika satu dan dua itu dilancarkan oleh Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman dalam satu majlis yang diadakan secara maya semalam.



Siri itu mengandungi 20 buku cerita yang ditulis oleh sekumpulan guru bahasa Melayu peringkat prasekolah dengan tujuan menggalak cinta membaca dalam kalangan murid dan membangun kemahiran literasi mereka.



Buku-buku itu mengandungi cerita berasaskan konteks dan budaya tempatan dengan judul cerita seperti Ubi, Hang Nadim dan Gagak dengan Merak.



Ia akan diagihkan kepada 487 prasekolah yang menawarkan bahasa Melayu menjelang hujung bulan depan.



Siri buku itu pertama kali dilancarkan pada 2015 untuk murid darjah satu dan dua sebelum dilanjutkan kepada pelajar darjah tiga dan empat pada 2018 dan murid darjah lima dan enam April lalu.



Dr Maliki, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), berkata beliau yakin buku-buku itu akan membantu kanak-kanak prasekolah melangkah ke sekolah rendah dengan lebih yakin berbekalkan keupayaan bertutur dalam Bahasa Melayu.



"Kita menerbitkan siri buku ini dengan tujuan yang komprehensif, bukan sahaja untuk memupuk minat membaca dan kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi juga untuk menerapkan nilai penting dalam perwatakan murid.



"Buku peringkat prasekolah ini ditulis oleh guru-guru prasekolah yang memahami daya keupayaan murid-murid mereka menggunakan konsep kehidupan seharian dan konsep pembelajaran menerusi sejarah," kata Dr Maliki, dengan memberi contoh penyampaian sejarah Singapura dan pentingnya bekerjasama bagi mempertahankan negara menerusi buku Hang Nadim.



Dalam majlis pelancaran semalam, Dr Maliki berpeluang menyaksikan cara bahan Nabil Nabilah digunakan dalam bilik darjah prasekolah.



Menggunakan buku berjudul Ubi, murid-murid belajar tentang kuih-muih tradisional yang dibuat menggunakan ubi seperti getuk ubi dan kerepek ubi.



Mereka juga belajar tentang kanji yang ada di dalam ubi, melalui eksperimen menggunakan iodin, roti dan nasi.



Murid juga berpeluang melihat pokok ubi di sebuah sekolah rendah berdekatan, di mana mereka ditunjukkan bahawa ubi tumbuh di dalam tanah.



Secara keseluruhan, siri buku Nabil Nabilah terdiri daripada 62 buku cerita yang diterbitkan dalam bentuk cetak dan digital.



Bahan bacaan digital itu boleh dimuat turun atau diakses pada bila-bila masa.



Ibu bapa boleh menggunakan kertas kerja berkaitan buku-buku cerita itu yang disediakan di laman MLLPC sebagai bahan tambahan untuk mengukuhkan pembelajaran bahasa Melayu di rumah.




"Kita menerbitkan siri buku ini dengan tujuan yang komprehensif, bukan sahaja untuk memupuk minat membaca dan kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi juga untuk menerapkan nilai penting dalam perwatakan murid."
- Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >