Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri video TikTok sasar mesej antidadah pada remaja

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



SIRI video eksklusif TikTok Finding Juliana (Mencari Juliana) mengisahkan seorang remaja perempuan melarikan diri dengan dadah.



Ia menyentuh soal identiti diri, perhubungan dan masalah rumit, untuk berkongsi mesej bahawa kehidupan seseorang itu tidak ditakrifkan oleh cabaran atau masalah yang dihadapinya.



Sebaliknya, ia ditentukan oleh cara seseorang memberi respons bagi mengatasi cabaran atau masalah itu. Premis utama siri itu ialah setiap cerita bermula dengan pilihan.



Video itu adalah fasa pertama kempen antidadah 'What's Your Fix?' anjuran Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) yang disasarkan pada belia.



Coretan siri itu akan disiar dari hari ini hingga 28 September di TikTok. Siri penuh akan distrim dari 2 hingga 11 Oktober, memuncak dengan sebuah acara maya secara langsung TikTok pada 15 Oktober, 8 malam.



Penonton dapat mengambil bahagian dalam siri aktiviti melalui maya yang membolehkan mereka menghayati peranan dan pilihan watak-watak dalam siri itu.



Kempen itu akan berlangsung dalam tiga fasa sepanjang dua tahun. Ia akan merangkumi siri dokumentari dan pelibatan belia dalam sebuah pertandingan filem.



Sementara itu, NCADA telah mengukuhkan usaha pelibatan dan membina daya tahan masyarakat dan menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) bersama perusahaan sosial Architects of Life (AOL), yang membantu belia berisiko dan bekas pesalah mengubah kehidupan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >