Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem baru lapor nahas jalan raya dalam talian

Wadah perboleh urusan kemalangan dikendalikan tanpa kertas, wang tunai dan kontak
Nov 28, 2020 | 05:30 AM



MULAI 9 pagi lusa, pemandu dan penunggang boleh melaporkan kemalangan kepada syarikat insurans menerusi satu sistem dalam talian baru.



Sistem Mudah Laporan Kemalangan (Gears) Persatuan Insurans Umum (GIA) itu boleh dilayari menerusi laman www.gears.com.sg.



Sistem laporan sedia ada pula dihentikan mulai 5 petang semalam.



Menurut satu kenyataan GIA, wadah baru itu membolehkan sebarang urusan berkenaan kemalangan dikendalikan tanpa menggunakan kertas, wang tunai dan kontak.



Kiriman laporan kemalangan menerusi e-mel juga akan diberi perlindungan diperkukuh.



Ditubuhkan pada 1966, GIA merupakan sebuah persatuan dagang bidang insurans am Singapura yang dianggotai 39 badan yang disahkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



GIA bertujuan mempermudah urusan, mengenal pasti trend terkini dan bertindak mengikut perkembangan bidang tersebut.



Berkenaan sistem laporan baru itu, Ketua Eksekutif GIA Ho Kai Weng berkata: "Sedang ekonomi kita mula dibuka dan pelbagai kegiatan utama disambung, lebih ramai pengguna akan menggunakan jalan raya. Pelancaran Gears datang tepat pada masanya.



"Pelancarannya menunjukkan iltizam jangka panjang sektor kami terhadap usaha pendigitalan, memperbaiki operasi dan proses serta mempermudah urusan pengguna."



Laman Gears menampilkan beberapa ciri baru yang menggantikan sistem lama menerusi kaunter elektronik (e-kaunter) Gears.



Pertama, pemandu boleh mengesahkan pembelian laporan kemalangan daripada syarikat membaiki kenderaan atau peguam secara dalam talian.



Gears, yang berkhidmat 24 jam, mengirimkan pautan pengesahan ke alamat e-mel pemilik atau pemandu.



E-mel tersebut akan mengandungi pilihan mengesahkan bahawa sesebuah firma guaman atau bengkel mewakili mereka.



Bersangkutan itu, GIA turut mengingatkan pemilik dan pemandu supaya memaklumkan tentang alamat e-mel terkini kepada mereka bagi melancarkan urusan pengesahan.



Kedua, e-kaunter Gears akan hanya menerima pembayaran menerusi Giro, debit secara langsung atau mengimbas kod QR Nets atau PayNow menerusi aplikasi bank tertentu.



Cek dan wang tunai tidak lagi diterima.



Ketiga, sistem baru itu menampilkan ciri perlindungan digital yang diperkukuh bagi proses pengesahan pembelian laporan.



Laporan sedemikian akan dikirimkan melalui fail tersulit (encrypted).



Kedatangan pemandu dan kiriman pos ke Pusat Pengurusan Rekod GIA (GIARMC) tidak lagi diterima apabila Gears mula diaktifkan lusa.



Keterangan lanjut tentang Gears boleh didapatkan dengan melayari laman https://gia.org.sg/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >