Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem dipacu AI percepat proses pantau jalan raya di estet perindustrian

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



DUA hari. Itulah masa yang diperlukan bagi pemeriksaan mengesan kecacatan jalan raya dan bahaya jalan raya lain di estet perindustrian di sini, yang biasanya pengurus kemudahan selalunya menunggu lebih lama bagi laporan, supaya dapat membetulkan masalah itu.



Tetapi dengan penggunaan telefon bijak dan kecerdasan buatan (AI), prosesnya kini mengambil hanya lebih sejam di one-north, di mana Perbadanan Bandar Jurong (JTC) telah menggunakan sistem baru untuk membantu pemeriksanya mengesan, melaporkan dan membetulkan lubang, keretakan dan isu lain dengan lebih cepat dan lebih tepat.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, JTC berkata huraian yang dibangunkannya dengan Vebits AI, syarikat pemula setempat, juga membantu untuk menjimatkan kos dan menjadikan pemeriksaan lebih selamat.



"Kami menanti-nantikan pelaksanaan huraian itu di estet kami yang lain di mana ia dapat dilaksana," kata Encik Tan Chee Kiat, pengarah kumpulan kejuruteraan JTC.



Sistem baru yang dipacu AI itu muncul sebagai hasil daripada sebuah cabaran inovasi yang dianjurkan JTC pada 2020 untuk menangani kekurangan kaedah pemeriksaan estet tradisional.



Vebits AI dan Vulcan AI, satu lagi syarikat pemula Singapura, mengatasi 12 penyertaan secara keseluruhan daripada kedua-dua syarikat setempat dan luar negara, lapor akhbar The Straits Times (ST).



JTC berkata ia telah menguji huraian yang dibangunkan oleh Vebits AI di beberapa estet perindustriannya di daerah barat Singapura sebelum melaksanakannya di one-north pada November 2022 - yang pertama bagi agensi pemerintah itu.



Sementara itu, huraian Vulcan AI kini sedang diuji di estet perindustrian lain, tambah JTC.



Agensi itu berkata pemeriksaan kecacatan estet secara tradisional memakan masa dan memerlukan banyak tenaga kerja.



Dua pemeriksa diperlukan pada setiap masa. Salah seorang akan memandu kenderaan pemeriksaan sementara yang lagi satu akan mengesan isu infakstruktur yang mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya di estet perindustrian itu.



Bergantung kepada saiz estet, proses menandakan kecacatan, mengambil gambar dan menghasilkan laporan bagi kerja pembetulan boleh mengambil masa beberapa hari hingga beberapa bulan, kata JTC.



Ia juga mengutarakan keprihatinan keselamatan dan kekangan waktu yang datang dengan kaedah tradisional, kerana pemeriksaan ini perlu dilakukan sewaktu masa tidak sibuk (off-peak) apabila trafik kenderaan lebih ringan dan pemeriksa perlu keluar daripada kenderaan mereka dan berjalan kaki untuk menyiasat secara 'visual' dan mencatatkan kecacatan yang dikenal pasti.



Dengan sistem AI yang baru, telefon bijak yang mempunyai kamera definisi tinggi dipasang di kenderaan pemeriksaan, yang dipandu pada kelajuan biasa di sekitar estet.



Video yang dirakam kemudiannya diproses menggunakan AI bagi mengenal pasti kecacatan, menggredkannya berdasarkan keterukan, dan menyerlahkan yang perlu pembaikan.



Lebih 10 kecacatan estet biasa boleh dikesan secara automatik, termasuk yang selalunya dilepas pandang (missed out) oleh pemeriksaan manual seperti tiang lampu yang senget, penanda trafik yang rosak, dan lurang yang pecah, kata JTC.



Setelah pandu lalu, pemeriksa estet boleh mengesahkan kecacatan yang diserlahkan oleh sistem AI tersebut dan serta merta menjana laporan bagi tindakan selanjutnya oleh pengurus kemudahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >