Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem video kecemasan baru bolehkan orang awam strim langsung kepada polis, SCDF dilancar

Mar 20, 2023 | 07:50 PM



MEREKA yang menelefon talian kecemasan 999 atau 995 untuk melaporkan kes kebakaran atau pembunuhan mungkin boleh memberi pengendali talian itu situasi secara langsung melalui telefon bimbit mereka.


Bergantung pada keadaan, satu pautan ke sistem video kecemasan akan dihantar melalui SMS kepada pemanggil, yang selepas mengklik padanya, akan dapat menggunakan kamera di telefon untuk berbuat demikian.


Sistem baru itu, yang digunakan kedua-dua pusat arahan operasi polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilancarkan pada Isnin.


Pihak berkuasa memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak mereka hanya boleh mengakses fungsi kamera telefon mereka dan bukannya bahagian lain telefon seperti fail, aplikasi atau galeri foto.


Sistem itu dibangunkan oleh polis, SCDF dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), dengan kerjasama ST Engineering.


Ia kali pertama diumumkan semasa seminar pelan kerja polis tahunan pada 2021, dan dijadual dilancarkan pada akhir 2023.


Agensi itu menyatakan semasa panggilan kecemasan, pegawai di pusat operasi kadangkala sukar memahami situasi sebenar.


Ini terutamanya situasi kompleks dan dinamik, di mana pemanggil mungkin tidak dapat memberi penjelasan tepat tentang apa yang sedang berlaku.


Sistem video kecemasan baru itu akan membantu dalam penilaian situasi dan dalam proses membuat keputusan, tambah mereka.


Pilihan strim langsung juga boleh diberi kepada seseorang yang menelefon di tempat kejadian, seperti selepas kes pembunuhan atau pecah rumah.


Pengendali SCDF pula boleh memulakan strim video langsung bagi kes kebakaran, kemalangan jalan raya atau insiden menyelamat.


Mereka juga mungkin berbuat demikian bagi insiden bahan bahaya dan perubatan di mana pemanggil tidak dapat menjelaskan keadaan pesakit.


Mengulas, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata semasa panggilan kecemasan, pegawai di Pusat Perintah Operasi Polis dan Pusat Operasi SCDF mungkin menghadapi kesukaran untuk memahami situasi kejadian, terutamanya bagi situasi yang kompleks dan dinamik.


“Sistem Video Kecemasan (EVS) membenarkan pegawai SPF dan SCDF memulakan penstriman video secara langsung daripada telefon mudah alih pemanggil. Pada masa yang sama, lokasi pemanggil juga akan dihantar oleh sistem ke Pusat Operasi.


“Keupayaan baru ini akan banyak membantu pengurusan insiden Home Team  dan memudahkan tindak balas kecemasan petugas barisan hadapan,”  ujar beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >